Translate

Wednesday, 9 May 2012

SEJARAH KEMENANGAN

( SEBUAH PERKONGSIAN DARIPADA GROUP 'SEIA-SEKATA')


Apa yang sudah berlaku di dalam sejarah, kemenangan yang Tuhan berikan kepada golongan yang benar yang tidak logik, bahkan tidak terfikirkan untuk menang, kemenangan yang tidak logik itulah yang menjadi kenyataan. Mari kita lihat beberapa contoh dalam sejarah untuk dijadikan pengetahuan dan iktibar.


1. Nabi Noh AS berjaya dan menang terhadap musuhnya di atas gunung, Tuhan datangkan bah sehingga musuh-musuhnya telah musnah.


2. Nabi Ibrahim AS selepas dibakar di dalam api, dia tidak mati. Selepas itu golongan musuh yang kalah dan kalahnya dengan cara yang tidak munasabah iaitu dengan seekor nyamuk yang kecil mereka musnah.


3. Nabi Musa AS menang ke atas Firaun, mereka sama-sama terjun ke laut. Firaun dan orangnya mati, Nabi Musa AS dan pengikutnya selamat. Ertinya Firaun dan orang-orangnya kalah dan Nabi Musa AS serta pengikutnya diberi kemengan oleh Allah.


4. Rasulullah SAW dan tenteranya di dalam peperangan Badar. Rasulullah SAW bersama tenteranya menang, musuh kalah. Kekalahan musuh itu adalah tidak munasabah sebab bilangan mereka seribu orang, tentera Rasulullah 313 orang. Tentera musuh 700 berkuda sedangkan tentera Rasulullah hanya dua kuda.


5. Tariq Ibnu Ziyad bersama tentera lima ribu orang berjaya menawan Sepanyol, itu adalah tidak munasabah sebab tentera musuh lima puluh ribu orang. Tentera Allah hanya lima ribu orang. Sudahlah begitu, kapal-kapal tentera Islam telah dimusnahkan. Kemenangan tentera Islam tidak munasabah.


6. Tentera Muhammad Al Fateh hanya lima ribu orang, mereka berhadapan dengan tentera musuh berjumlah lima puluh ribu orang. Adalah tidak munasabah tentera Muhammad Al Fateh menang dan  tentera musuh kalah. Ini semua dicatat dalam sejarah, menjadi bukti sejarah yang tidak boleh disanggah.




Di akhir zaman ini, setelah kejatuhan dan kehancuran empayar Islam sejak beberapa lama,  kemenangan pasti memihak kepada Islam kembali.


Maksud Hadis: Dan telah mengeluarkan Ibni Abi Syaibah dan Nu'aim bin Hammad dalam Al Fitan dan Ibnu Majah dan Abu Nu'aim dari Ibnu Mas'ud, katanya : “Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekelompok anak-anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terlihat akan mereka, maka kedua mata Rasulullah berlinang air mata dan wajah beliau berubah. Akupun bertanya : “Mengapakah kami melihat pada wajahmu, sesuatu yang kami tidak sukai?”. Beliau menjawab :
 “Kami Ahlul bait telah Allah pilih untuk kami akhirat lebih dari dunia, kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran sepeninggalanku kelak, sampai datangnya suatu kaum dari sebelah Timur yang membawa bersama mereka panji-panji berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan , tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan memperoleh kemenangan. Lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu, tetepi mereka tidak menerimanya hingga mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana bumi dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa diantara kamu yang sempat menemuinya, maka datangilah mereka walalupun merangkak di atas salji. Sesungguhnya dialah Al Mahdi.”


Begitulah kemenangan umat Islam di akhir zaman, Islam akan menguasai dunia kali kedua adalah sesuatu yang tidak munasabah. Sebelum peristiwa kebangkitan kali kedua ini terjadi, kita sampaikan ceritanya terlebih dahulu namun ditertawakan oleh ramai manusia terutama orang-orang akal. Tetapi ia akan menjadi kenyataan, iaitu kemenangan itu diberi kepada pengikut Putra Bani Tamim, Ikhwan dan Asoib ini adalah tidak munasabah. Pengikutnya tidak ramai. Dalam pusingan pertama pengikutnya berkecai. Kemenangan yang diberi tidak melalui peperangan, tidak melalui sistem demokrasi, tidak melalui sistem pilihanraya. Dunia akan hairan dan tercengang-cengang, di waktu itu hanya serahan yang berlaku oleh pihak berkuasa. Peristiwa yang dinantikan ini akan menjadi lebih-lebih lagi menakjubkan kerana nampak sangat kehebatan dan kuasa Tuhan.
............................................


Janji Tuhan Untuk Umat Akhir Zaman


Mengikut keterangan Hadis


Kegemilangan Islam kali kedua di akhir zaman


Tapaknya adalah perjuangan dan jemaah yang diteraju oleh Ikhwan


Begitulah jawapan yang diberi oleh Rasul akhir zaman kepada para Sahabat Ridwanullahu'alaihim


Pemimpinnya adalah Pemuda Bani Tamim Mujaddid akhir zaman


Para-para Sahabat sangat iri hati mendengar keterangannya


Ada yang berdoa agar umur panjang


Ia bermula dari Timur


Kemuncaknya adalah berpusat di Makkatul Mukarramah, pusat pentadbiran


Jemaah Ikhwan ini adalah bayangan jemaah Sahabat di zaman silam


Bilangan mereka sedikit tapi solid


Ikhwan bermaksud pejuang-pejuang yang menjadikan Tuhan kawan


Juga Ikhwan di antara satu sama lain sebagai persaudaraan


Mereka Ruhbanu Billail wa Fursanun fin Nahar


Malam jadi abid, siang menjadi pejuang


Mereka di antara satu sama lain seperti satu ibu dan satu ayah yang penyayang


Rupanya setiap kemenangan yang akan diperolehi oleh umat Islam di setiap zaman


Pejuangnya sudah dibayang


Macamlah kemenangan Muhammad Al Fateh


Bersama pejuang-pejuangnya ke atas Konstantinopel


Ciri-cirinya telah dibayangkan


Iaitu pemimpin yang baik, tentera yang baik, rakyat yang baik di zamannya


Setelah ciri-ciri ini wujud dengan sempurna diberilah kemenangan


Begitulah kebangkitan Islam kali kedua di akhir zaman


Bila ciri-cirinya wujud di dalam jemaah pejuang-pejuangnya


Tuhan akan memberi kemenangan


Ia pasti berlaku kerana itu adalah janji Tuhan


Mana-mana jemaah Islam akhir zaman di Timur dapat mengisi ciri yang telah digambarkan


Itulah dia jemaah Ikhwan


Kepada tangan mereka itulah yang akan diberi kemenangan


Selain jemaah ini semuanya kecundang


Marilah kita membaiki diri bersungguh-sungguh


Agar ciri-ciri sempurna untuk kemenangan


-Asz PBT-
Selepas Asar
13.9.99

KISAH MADU (JIKA TIDAK TAKUTKAN ALLAH) DAN KISAH CINTA ( KERANA TAKUTKAN ALLAH)

Untuk Renungan dan Manfaat bersama.

Ramai perempuan tidak mahu bermadu takut tidak bahagia
Banyak perempuan takut bermadu takut cinta suami terbelah dua
Kalau suami hendak bermadu, bercerai pun tidak mengapa
Soal bermadu jangan cerita, pantang-larangnya
Jika tersilap cakap satu hari bermasam muka dengan suami
Sepanjang hari tidak mahu bercakap dengan suami, membisu aja

Banyaklah pertanyaan yang diajukan kepada suaminya, pening kepala suami dibuatnya
Adakalanya suami balik belum sempat rehat, pertanyaan demi pertanyaan
diajukan kepada suaminya
Kalau dia kenal kawan suaminya, kawan suaminya selalu ditanya tentang suaminya
Selalu sahaja mencuri-curi berita tentang suami waktu suaminya keluar rumah
Sudah jadi masalah  jiwa
Jiwanya bimbang sahaja, hatinya curiga sahaja

Selepas itu syak wasangka sahaja dengan suaminya
Balik lambat sahaja suaminya mulalah curiga
Pantang suami keluar rumah dia hendak ikut sahaja kerana cemburunya
Janganlah suami bercerita tentang perempuan tempat sekerjanya, datang cemburunya
Siaplah, satu hari dia bermasam muka dan tidak bertegur dengan suaminya
Begitulah perempuan yang tidak takut dengan Tuhannya
Susah suaminya  dibuatnya

Padahal kalau suaminya tidak berkahwin lain, kecuali dialah isterinya sahaja,
bukanlah dia layan sangat suaminya
Adakalanya suaminya dibuat macam budak-budak, diarah-arah sesuka hatinya
Demikianlah perempuan dengan suaminya di hari ini, jika tidak takutkan Tuhannya..

-ASZ PBT-

Bercinta Biar Kerana Allah S.W.T.

Imam Syafie pernah ditanya oleh isterinya, “Suamiku, apakah engkau mencintaiku?” Beliau menjawab, “Ya tentu saja, dirimu adalah sebahagian dalam hidupku.” Mendengar itu, isterinya bertanya lagi “Apakah engkau juga mencintai Allah? Bagaimana mungkin dua cinta menyatu dalam hati seorang mukmin, Cinta kepada Allah dan juga mencintaiku?” Beliau tersenyum dan mengatakan kepada isterinya dengan pandangan mata yang lembut penuh kasih sayang. “Kerana cintaku kepada Allah, maka aku mencintai makhluk-Nya, memperlakukan dengan hormat dan penuh kasih sayang terhadap isteriku, anak-anakku dan sesama insan. Aku mencintaimu kerana cintaku kepada Allah.”

RENCANA DARI KOSMO (ANUGERAH KIJANG JANTAN)


Anugerah kijang jantan

Kasturi bertindak sebagai agen penyebar haruman selain dipercayai mempunyai kelebihan dalam dunia perubatan tradisional. Ia merupakan entiti paling berharga yang didatangkan dari tubuh kijang jantan.


'BAHAWA dinding-dinding syurga itu batu-bata dari perak dan emas. Tanahnya pohon kimkuma (Za'faran) dan buminya kasturi.' Mengamati petikan hadis riwayat Al-Bazzar ini membayangkan kepada kita betapa keenakan bauan kasturi itu sudah lama disebut dan disampaikan dari mulut ke mulut.
Sekian lama merentangi latar zaman, waktu dan masyarakat, rahsia kehebatan kasturi terus diperkata. Hinggakan apa sahaja yang berbau harum dikaitkan dengannya.
Ungkapan 'seharum kasturi' juga mudah ditemui dalam bait puisi turun-temurun, lirik lagu cinta dan juga bicara romantis.
Namun, sejauh manakah kita mengetahui dari mana datangnya bahan yang istimewa ini? Bagi yang keliru, kasturi disangkakan ekstrak pati bunga, buah-buahan atau kulit kayu, sebagai mana dalam industri pembuatan minyak wangi.
Sebenarnya, istilah kasturi (bahasa Inggeris: musk) merujuk kepada kandungan yang terdapat dalam bintil kelenjar kijang jantan.
Walaupun kerap ditemukan di bahagian antara perut dan genital, kasturi juga bukan janggal jika ia tumbuh di bahagian-bahagian lain haiwan tersebut, seperti di leher, badan atas dan juga kepala.
BULU pada bintik kasturi dikatakan terus tumbuh biarpun setelah terasing dari kijangnya.


Apabila tertanggal atau dipotong dari tubuh kijang tersebut, bintil kasturi yang mengering membuatkan kandungan berwarna merah keperangan berubah menjadi hitam dan keras.
Jika ditekan kuat atau diketuk, butiran kecil akan terkeluar darinya dan bahan itulah yang dicampur bersama minyak atau ekstrak wangian beralkohol.
"Sejak ratusan tahun lalu, ia digunakan dalam pembuatan wangi-wangian. Kasturi juga bertindak sebagai agen penyebar haruman selain dipercayai menjadikan bau haruman lebih tahan lama.
"Pendek kata, ia merupakan produk haiwan yang paling berharga dan haiwan tertentu sahaja menghasilkannya," ujar peniaga Tarmizi Yusuff, 35, yang ditemui di bazar Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.
Menurutnya, dalam dunia ini, hanya terdapat lima jenis haiwan yang menghasilkan kasturi iaitu kijang jantan, lembu, musang, kura-kura dan tikus. Paling popular adalah kasturi kijang jantan yang hidup di pergunungan Himalaya.
"Bukan tikus yang macam kita jumpa di lorong dan longkang, tapi jenis tikus yang besar saiznya," terangnya segera tatkala melihat penulis mengerutkan dahi membayangkan haruman dikaitkan dengan makhluk yang gemar habitat kotor itu.
KASTURI banyak dimanfaatkan dalam pembuatan minyak wangi kerana ia menguat dan memanjangkan hayat haruman.


Apa yang dimaksudkan adalah rodensia besar seperti memerang iaitu tikus muskrat (Ondatra zibethicus). .
Mula menjual kasturi di gerainya sejak tahun 2005, Tarmizi memberitahu dia mendapat bekalan dari seorang rakan niaga dari Nepal. Sebiji 'kantung' kasturi tersebut yang saiznya lebih kurang sebiji bola pingpong dijual pada harga RM30.
"Ada juga kasturi yang berangkai dan harganya antara RM500 hingga RM1,000, bergantung pada bilangan kasturi yang bersambung bersama.
"Pembeli kasturi ini terdiri daripada golongan mereka yang turut berniaga barangan yang berkaitan dengan minyak wangi. Ada juga yang membeli sekadar minat mengumpul atau menganggapnya sebagai perhiasan.
"Lebih istimewa apabila ada pelanggan warga Bangladesh dan Pakistan yang membelinya untuk dimakan kerana percaya ia mempunyai khasiat perubatan," katanya.
Dalam bidang perubatan tradisional Cina, kasturi dipercayai mampu mengembalikan kesedaran seseorang yang pitam atau pengsan, melancarkan peredaran darah, merangsang penyingkiran darah haid, mengurangkan kesan bengkak dan meredakan kesakitan.
Oleh kerana spesies kijang yang menghasilkan kasturi sukar ditemui, saintis Cina beralih kepada sains dan teknologi untuk mengembangkan potensi perubatan.
TARMIZI menerima pelbagai reaksi daripada pengunjung yang mengamati kasturi yang dijual di gerainya.


Ia dilakukan dengan penternakan artifisial mamalia tersebut seterusnya mengekstrak bintil kasturi tanpa perlu membunuh kijang. Pengambilan bintil kelenjar itu secara berjadual menggalakkan penghasilan kasturi sekali gus mendorong upaya reproduksinya.
Kasturi diangkat sebagai penawar ajaib di kalangan masyarakat konvensional di Nepal, Pakistan, Siberia dan Mongolia.
Di India pula, penggunaan kasturi telah lama diserap dalam kaedah perubatan Ayurveda. Kononnya, ia mampu meredakan penyakit asma, ekzema, demam, sakit kepala dan ulser. Bagaimanapun, pembuktian klinikal masih dijalankan tentang dakwaan tersebut.
"Kegunaan paling popular adalah dalam industri pembuatan minyak wangi. Baik minyak wangi atau atar yang didatangkan dari Mekah atau India, terdapat juga pengusaha yang memasukkan butiran kasturi itu ke dalam botol jualan. Ia akan menambah nilai harganya," kata Tarmizi.
"Ada yang keliru tentang hukum ia digunakan untuk bersembahyang. Kalau hendak mengulas lebih mendalam tentang itu, saya kurang arif," ujarnya.


Dianjurkan pertanyaan ini kepada Mufti Johor, Datuk Noh Gadot berkata, kekeliruan mengenai hukum sah dibawa sembahyang ini terjadi memandangkan kasturi berasal dari haiwan.
Selain faktor itu, bintil kelenjar ini juga 'dipisahkan' dari tubuh haiwan tersebut ketika ia masih hidup, atau tidak disembelih.
"Sama seperti bulu kambing (yang telah dibersihkan) digunakan sebagai alas atau dijadikan sebahagian daripada pakaian ketika bersembahyang, begitulah juga dengan kasturi.
"Hakikatnya, ia adalah entiti yang wujud secara sendiri pada tubuh haiwan itu. Oleh kerana sifatnya yang bersih, kasturi tidak melanggar syarat sah solat bagi seseorang yang memakai harumannya," jelas Noh.
Bagi peniaga minyak wangi dan kasturi seperti Tarmizi, dia mengakui ada juga di kalangan pengunjung gerainya yang tidak mempercayai itulah rupa kasturi yang sebenar.
Menyingkap pengalamannya berniaga, kasturi jualannya itu paling kerap dipertikai oleh warga Pakistan yang mengatakan bahawa agak mustahil bagi orang biasa memiliki kasturi dengan mudah, apatah lagi dijual di pasar atau kaki lima.
"Mereka pelik melihat kasturi dijual dengan harga semurah ini di Malaysia.
Kata mereka, kasturi jarang sekali dimiliki oleh orang di jalanan.
"Harga kasturi di kawasan asal ia ditemukan sangat mahal mengikut kualiti gred dan keasliannya. Ia boleh mencapai harga sehingga ribuan ringgit sebiji. Beberapa gram butiran kasturi sahaja sudah mencapai harga ratusan ringgit," katanya.

Thursday, 3 May 2012

PRODUK BARU - KASTURI PINK


KASTURI PINK- ASLI (5ML)



4) Kasturi Pink (Produk BARU 01.05.2012) ~ RM60   
                                                                                                                       sebotol (5ml) 
        Haruman yang Manis, Lembut serta Segar.

        warna : Merah jambu (pink) . Pekat seperti kasturi susu, goncang botol sebelum  
        calitan.
       - Sungguh unik, Aroma Lembut dan Segar, seakan-akan wangian strawbery yang 
          membuat hati terasa nyaman dan tenang sekali.


- JIKA BELI BERSAMA PAKEJ , HARGA PENGENALAN RM50 SAHAJA !!!


KASTURI PINK - ASLI (5ML)

Tuesday, 1 May 2012

KEISTIMEWAAN SITI KHADIJAH (ra)

Petikan daripada anjangmuor  ( anjangmuor )

Oleh Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid

1 – Siapakah Siti Khadijah (ra)?
souks-001.jpg
  • Nasab dan Kelahiran Beliau
  • Beliau adalah Khadijah binti Khuwailid bin Asad bin Abdil Uzza bin Qushai bin Kilab bin Murrah bin Ka’b bin Luayy bin Ghalib bin Fihr.
  • Ibunya: Fathimah binti Zaaidah bin Al Asham bin Rawahah bin Hajar bin Abd, bin Ma’ish bin ‘Amir bin Luayy bin Ghaib bin Fihir.
  • Di lahirkan di kota Mekkah 15 tahun sebelum peperangan Gajah berlaku, tepatnya 556 M.
  • Latarbelakang Keluarga dan Pernikahan Beliau
  • Beliau berasal dari keluarga mulia nasabnya, terhormat martabatnya, luhur budi pekertinya, bersifat pemurah, sangat menjunjung tinggi akan nilai-nilai murni, serta luas kekayaannya.
  • Secara amnya Siti Khadijah (ra) berasal dari keluarga yang berwibawa, ayahnya Khuwailid adalah salah seorang yang pernah berjasa dalam melindungi Al Hajar Al Aswad ketika ingin di rampas oleh seorang bernama Taba’ dan di bawa ke negerinya. Maka Khuwailid yang berjaya menghalang niat Taba’ tersebut.
  • Beliau juga merupakan saudagar wanita yang berjaya di zamannya, beliau sebagai penerus perniagaan ayahnya serta mewarisi kepandaian dalam berniaga.
  • Merupakan adat kebiasaan keluarga terhormat dari kalangan bangsa Quraish ketika itu adalah menikahkan anak-anak perempuan mereka pada usia muda. Tidak terkecuali Siti Khadijah (ra). Siti Khadijah (ra) telah menikah 2 kali sebelum menikah dengan Nabi Muhammad (SAW). Mereka adalah:-
  • Atiq bin Abid bin Abdullah Al Makhzumi, mendapat cahaya mata dari pernikahan ini seorang anak lelaki bernama Abdullah.
  • Hindun bin Zurarah bin Nabbash Al Tamimi, mendapat 3 cahaya mata: Hindun, Harith, dan Zainab.
  • Orang Yang Berpengaruh Ke Atas Keperibadian Beliau
  • Terdapat dua (2) orang yang berpengaruh dalam kehidupan Siti Khadijah (ra), sebelum menikah dengan Nabi Muhammad (SAW):-
  • Hakim bin Hizam anak saudara Siti Khadijah (ra). Beliau rakan kerja Siti Khadijah (ra) dalam perniagaanya, beliau seorang yang bijak, sehingga kebijakannya menyebabkan beliau layak untuk di lantik sebagai ahli parlimen termuda di (Dar Al-Nadwah) yang dianggotai ahli-ahli dalam lingkungan 40′an.
  • Waraqah ibnu Naufal [anak bapa saudara Siti Khadijah (ra)], beliau seorang tua beragama kristian, beriman kepada Allah SWT, serta banyak mengkaji akan kitab Taurat dan Injil. Beliau sering berdiskusi dengan paderi-paderi di zamannya membincangkan tentang kehadiran penutup para nabi.
Dengan demikian Siti Khadijah (ra) banyak terpengaruh dengan dua (2) orang ini kerana rapat perhubungan di antara mereka. Terpengaruh dengan Hakim dari sudut kecekapan dalam membangunkan ekonomi melalui perniagaan, dan Waraqah dari sudut membangunkan kerohanian, beliau merupakan guru kepada Siti Khadijah (ra).
  • Gelaran-Gelaran Siti Khadijah (ra)
  • Adapun gelaran yang di sandang oleh Siti Khadijah (ra) adalah:
  • Gelaran sebelum menikah dengan Nabi (SAW):
  • Pertama: Al – Thahirah (yang suci)
  • Beliau meraih gelaran itu di sebabkan: Beliau tidak suka bergaul dengan para peniaga-peniaga kaum lelaki, di dalam keadaan beliau sebagai seorang saudagar yang sukses yang umumnya akan banyak berinteraksi dengan para saudagar-saudagar dari kalangan kaum lelaki. Akan tetapi beliau menghantarkan orang kepercayaannya, seperti Hakim bin Hizam ataupun Maisarah.
  • Beliau tidak suka bergaul dengan wanita-wanita yang suka menghabiskan masanya dalam kelalaian, seperti dalam majlis tari-tarian, atau nyanyian, dan lain-lain. Walaupun Mekkah pada saat itu di penuhi dengan tempat-tempat seperti itu.
Kedua: Sayyidah Nisa’ Quraish (puteri Quraish)
  • Gelaran ini di raih disebabkan oleh kerana keluhuran akhlaknya, dan ketinggian martabatnya, serta kemuliaan marwahnya. Kerana beliau seorang wanita yang tidak menjadi hamba kepada harta yang dimilikinya, beliau banyak menggunakannya untuk membantu orang miskin, disamping banyak memanfaatkan peluang untuk berguru kepada Waraqah bin Naufal.
Gelaran setelah menikah dengan Nabi (SAW)
  • Siti Khadijah (ra) dikenal sebagai seorang wanita yang memiliki pandangan tajam dan firasat yang benar. Beliau mendengar kejujuran dan keluhuran budi pekerti baginda Rasulullah (SAW), beliau memintanya untuk membawa perniagaanya ke negeri Syam bersama Maisarah pembantu setia Siti Khadijah (ra).
  • Setelah melihat akan sifat-sifat mulia Nabi Muhammad (SAW) yang tidak pernah beliau melihatnya pada lelaki-lelaki lain, maka beliau memberanikan diri untuk meminangnya melalui sahabat karibnya bernama Nafisah, maka berlangsunglah pernikahan itu.
  • Siti Khadijah (ra) mendapat 6 cahaya mata dalam perkahwinan ini:-
  1. Qasim
  2. Abdullah (yang digelari Al Tayyib – yang baik)
  3. Zainab
  4. Ruqayyah
  5. Ummu Kaltsum dan
  6. Fathimah Al-Zahra.
Gelaran yang di raih oleh Siti Khadijah (ra) setelah menikah dengan Rasulullah (SAW) adalah:-
Pertama: Ummul Mukminin
  • Nabi adalah lebih di utamakan dari kaum mukminin dan isteri-isterinya adalah ibu mereka. (Surah Al Ahzab, Ayat 6)
Kedua: Sayyidah Nisa’ Al ‘Alamin
  • Nabi Muhammad (SAW) telah bersabda: Cukup bagimu daripada wanita-wanita termulia di seluruh alam: Siti Maryam binti Imran, Khadijah binti Khuwailid, Fathimah binti Muhammad (SAW), Asiah isteri fir’aun.
  • Ketiga: Sayyidah Nisa’ Ahli Al Jannah
  • Dari Ibnu Abbas (ra) katanya: Rasulullah (SAW) membuat 4 garisan, seraya berkata: Tahukah apakah apa ini? Mereka menjawab: Hanya Allah dan RasulNya yang mengetahui. Nabi (SAW) bersabda: Penghulu seluruh wanita di syurga adalah: Khadijah binti Khuwailid, Fatimah binti Muhammad (SAW), Asiah binti Muzahim dan Maryam binti Imran. Semoga Allah meridoi mereka semua. (Bukhari)
Kewafatan Siti Khadijah (ra) makkam-siti-khadijah.jpg
  • Terdapat banyak pandangan tentang tahun ataupun bulan kewafatan Siti Khadijah (ra), tetapi yang di sepakati oleh ahli sirah adalah beliau meninggal dunia sebelum hijrah.
  • Imam Ibnu Katsir menukil sebuah riwayat bahawa, ketika Siti Khadijah (ra) sakit, beliau di dampingi oleh Rasulullah SAW, dan baginda bersabda: Sungguh aku sedih melihat rintihanmu wahai Khadijah! Tetapi Allah SWT akan menjadikan kebaikan yang besar di dalam kesakitan yang engkau alami ini. Tahukah kamu, kalau Allah SWT akan mengahwinkan kamu denganku di syurga nanti.
  • Maka Siti Khadijah (ra) senang, lalu meninggal dunia. Jenazah Siti Khadijah (ra) dikebumikan di Mekkah, di kawasan Al Hijjun atau perkuburan Al Ma’la.
2 – Mengapa Siti Khadijah (ra) Harus Dicintai dan Diteladani?
Love-Flower-5.jpg
  • Setiap orang yang beriman laki-laki dan perempuan adalah bersaudara, sebagai saudara dalam iman, kita dituntut untuk saling mengasihi dan mencintai untuk memenuhi tuntutan iman.
  • Rasulullah (SAW) bersabda, ‘Tidak sempurna iman salah seorang dari kamu sehingga ia mencintai saudaranya seperti ia mencintai dirinya sendiri’. (teks arab yang berkaitan tidak dapat diterbitkan disini atas sebab-sebab teknikal – Admin)
  • Erti kecintaan disini adalah kecintaan dalam kebaikan, yakni: sebagaimana kita suka untuk mendapat kebaikan untuk diri kita, demikian juga untuk saudara kita dan sebagaimana kita tidak suka akan keburukan menimpa kita, demikian juga ke atas saudara kita.
  • Mencintai orang-orang soleh adalah lebih tinggi darjatnya dan pahalanya serta manfaatnya berbandingkan kecintaan kepada orang-orang yang beriman biasa.
    ‘Aku cinta para solihin walaupun aku bukan dari golongan mereka, dengan harapan agar mendapat syafa’at dengan mencintai mereka. Aku tidak suka sesiapa yang perbuatannya itu bermaksiat, walaupun kita ini juga berbuat maksiat’
  • Maka dengan mukaddimah sedikit tentang kecintaan dan pembahagiannya, kita dapat memahami semakin tinggi kedudukan seseorang disisi Allah, semakin bermakna erti kecintaan kepada mereka. Dengan demikian, mencintai Siti Khadijah (ra) lebih dituntut disebabkan:
  • Pertama:
  • Beliau wanita solehah yang dicintai Allah serta mendapat salam khusus dariNya, maka mencintai orang yang dicintai Allah adalah satu ibadah dalam mentaati perintah Allah Ta’ala.
  • Rasulullah (SAW) bersabda, ‘Sesungguhnya Allah Ta’ala bilamana suka kepada seseorang hamba, maka Dia akan menyeru kepada Jibril: ‘Wahai Jibril! Sesungguhnya Allah suka kepada fulan bin fulan maka cintailah dia’, maka dicintai oleh Jibril. Lalu kemudian Jibril akan menyeru kepada seluruh penghuni langit: ‘Bahawa Allah cinta kepada fulan bin fulan’, maka ia akan dicintai oleh penghuni langit, lalu kemudian akan diletakkan tanda qabulnya kepada penghuni bumi’ – Riwayat Imam Bukhari.
Kedua:
  • Beliau wanita yang sangat dicintai Rasulullah (SAW). Mencintai beliau untuk mendapat kecintaan Rasulullah (SAW).
  • Dari Aisyah (ra): Aku tidak pernah cemburu terhadap isteri-isteri Rasulullah (SAW) sepertimana kecemburuanku kepada Khadijah (ra), walaupun aku tidak berjumpa dengannya.
  • Dari Aisyah (ra) juga: Dan adalah Rasulullah (SAW) terkadang menyembelih kambing lalu bersabda: ‘Hantarkan daging kambing ini kepada sahabat-sahabat Siti Khadijah (ra)’. Maka pada suatu hari aku membuat Baginda (SAW) marah, aku berkata: ‘Khadijah!’ (dengan ungkapan tidak suka), maka Rasulullah (SAW) bersabda: ‘Aku telah dianugerahkan kecintaan kepadanya’.
  • Imam Nawawi (ra) berkata: Hadis ini menunjukkan isyarat bahawa mencintai Siti Khadijah (ra) akan mendapat fadhilat dikeranakan mencintai orang yang dicintai Rasulullah (SAW) – Kitab syarah Muslim.
Ketiga:
  • Beliau (ra) adalah keluarga Rasulullah SAW yang wajib dicintai’Katakanlah (wahai Muhammad)! ‘Aku tidak meminta kepadamu (wahai umatku) apa-apa balasan kecuali kecintaan kepada ahli keluargaku’ – Ayat 23, Surah Asy-Syura
Keempat:
  • Beliau wanita yang pertama yang berjasa ke atas umat Islam kerana pengorbanannya. Kerana Siti Khadijah (ra) setelah menikah dengan Rasulullah (SAW), beliau memberikan seluruh hartanya demi perjuangan dakwah Baginda.
  • Dan engkau didapatiNya sebagai seorang miskin, lalu diberinya kekayaan – Ad Dhuha, Ayat 8
  • Imam Al Alusi berkata: Maksud ayat ‘diberi kekayaan’ iaitu dengan harta Siti Khadijah (ra).
Kelima:
  • Sebab beliau (ra) wanita pilihan yang diberi hidayah oleh Allah, dan kita diperintah untuk meneladani orang-orang yang mendapat hidayah.
  • Mereka adalah orang-orang yang diberi hidayah oleh Allah, maka dengan petunjuk mereka hendaklah kamu mengikutinya – Surah Al Anam, Ayat 90.
Keenam:
  • Beliau (ra) wanita yang cintakan akan nilai-nilai murni yang terpahat dalam hatinya sebelum dan apatah lagi setelah memeluk Islam.
Ketujuh:
  • Nabi (SAW) memilih beliau (ra) sebagai contoh teladan kepada ummatnya, terutama kaum wanita.
  • Sabda Baginda (SAW): Cukup bagimu dari pada wanita-wanita termulia di seluruh alam: Siti Maryam binti Imran, Khadijah binti Khuwailid, Fathimah binti Muhammad (SAW) dan Asiah isteri Fir’aun.
3 – Siapakah Siti Khadijah (ra) Di Hati Rasulullah (SAW)?
Candles_in_Love_07406.jpg
  • Tidak sesiapapun yang mampu menjawab soalan ini kecuali tuan empunya hati, yaitu Rasulullah (SAW), tetapi apa yang akan saya ketengahkan di bawah ini adalah sedikit dari suara hati Baginda Rasulullah (SAW) ketika mengungkapkan akan kedudukannya, yakni Siti Khadijah (ra), di hati baginda Rasulullah (SAW):-
  • Pertama:
  • Siti Aisyah (ra) berkata: Rasulullah (SAW) hampir setiap kali keluar rumah menyebut nama Khadijah (ra) dan memujinya. Pada suatu hari aku dengan perasaan cemburu aku berkata: “Dia itu (Khadijah) tidak lebih hanya seorang wanita tua, dan Allah telah menggantikan untukmu yang lebih baik darinya”, maka Baginda (SAW) marah seraya bersabda: “Demi Allah! Allah tidak menggantikan untukku yang lebih baik darinya, Khadijah (ra) beriman kepadaku ketika orang-orang ingkar, dia membenarkan aku ketika orang-orang mendustakan dan dia menolongku dengan hartanya ketika orang-orang tidak memberiku apa-apa, dan Allah memberikan untukku dzuriyat darinya yang tidak ada pada yang lain” – Riwayat Ahmad dan Thabrani.
Kedua:
  • Dari Aisyah (ra) ia berkata: “Aku tidak pernah cemburu terhadap isteri-isteri Rasulullah (SAW) sepertimana kecemburuanku kepada Khadijah (ra), walaupun aku tidak berjumpa dengannya”. Lalu ia berkata lagi: “Dan adalah Rasulullah (SAW) terkadang menyembelih kambing lalu bersabda:”Hantarkan daging kambing ini kepada sahabat-sahabat Siti Khadijah (ra)”. Pada suatu hari aku membuat Baginda marah, aku berkata: “Khadijah!” (dengan ungkapan tidak suka), maka Nabi (SAW) bersabda: “Aku telah di anugerahkan kecintaan kepadanya”.
Ketiga:
  • Diriwayatkan oleh Siti Aisyah (ra), katanya: “Ketika para tawanan perang Badar di bebaskan dengan tebusan, Siti Zainab (ra), puteri Rasulullah (SAW) menghantarkan kalung (pemberian Siti Khadijah (ra) pada hari perkahwinannya) sebagai terbusan suaminya (Abu Al-‘aash ibn Al-Rabi’), maka Rasulullah (SAW) ketika melihat kalung itu tersentuh hatinya, lalu meminta persetujuan para sahabat untuk membebaskannya tanpa tebusan, lalu mengembalikan kalung tersebut, maka mereka bersetuju, lalu ia di bebaskan”.
4 – Keutamaan Siti Khadijah (ra)
pohon.jpg
  • Pertama:
  • Imam Bukhari meriwayatkan bahawa ketika Jibril (as) datang kepada Nabi (SAW), dia berkata: “Wahai Rasulullah, inilah Khadijah telah datang membawa sebuah wadah berisi kuah dan makanan atau minuman. Apabila dia datang kepadamu, sampaikan salam kepadanya dari Tuhannya dan aku, dan beritahukan kepadanya tentang sebuah rumah di syurga dari mutiara yang tiada keributan di dalamnya dan tidak ada kepayahan”.
Kedua:
  • Jibril (as) menyampaikan salam itu kepada Rasulullah (SAW) seraya berkata kepada Baginda: ‘Sampaikan kepada Khadijah salam dari Tuhannya’. Kemudian Rasulullah (SAW) bersabda : ‘Wahai Khadijah, ini Jibril menyampaikan salam kepadamu dari Tuhanmu’. Maka Khadijah (ra) menjawab : ‘Allah yang menurunkan salam (kesejahteraan), dari-Nya berasal salam (kesejahteraan), dan kepada Jibril semoga diberikan salam (kesejahteraan)’.
Nukilan: Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid