Translate

Friday, 12 April 2013

Bercuti di Cameron 2 - Melawat Ladang Teh Boh

 Sebenarnya pada Hari sabtu 30.3.13 Kami check out dari apartment yang disewa dan bercadang nak ke rumah abang di Ipoh sebelum balik KL, tanpa dirancang lebih awal bila kami bertemu keluarga yang juga bercuti di Cameron, kami bersepakat untuk ke Ladang teh bersama-sama. Ini lah yang dinamakan kita merancang, Allah pun merancang dan perancangan Allah itulah yang terbaik...jadi beramai ramailah kami ke ladang teh...

Biasanya sesuatu yang plan beria-ria susah nak menjadi !

Yang tak plan jadilah pulak..nampak macam bercuti beramai-ramai...seronok lah jugak, mengeratkan silaturrahim !!!

Sebelum ke Ladang Teh, kami merancang satu family je bercuti, tapi Takdir Allah menemukan lagi beberapa keluarga kami di Cameron.  Gambar ni pulak diambil di apartment yang disewa keluarga dari family suami.



















minum teh kat sini satu mug rm4.50.....sebenarnya harga tu untuk pelancong kot...tapi rasa teh tu sama je macam teh kat rumah atau kat kedai...tapi tak pelah datang kat situ bukan selalu kan....cuma kita ingat teh special la sebab dari ladang dia... rupa-rupanya tehnya pun yang pakai uncang boh tu...he he he...






























Bertolak balik dari ladang teh










Syukur Alhamdulillah, ada juga kenangan indah dan manis kat sini...yang paling penat tu posing nak ambil gambar...yelah bila g ramai-ramai, banyak kamera nak kena snap, satu gambar adalah  3 ke 4 kamera..he he he...ingat masa budak-budak dulu je suka amik gambar....sekarang dah besar-besar ( sebut tua tak best kan) pun bergambar sakan jugak kan....tak pelah sekali sekala...bukan selalu kami dapat peluang jalan-jalan satu family, apatah lagi ramai-ramai family camni...

Thursday, 11 April 2013

Bercuti di Cameron ( 28-30 Mac 2013), untuk tatapan sendiri, keluarga dan rakan-rakan yang berminat dengan pemandangan yang menarik.


Alhamdulillah, tahun ni ada rezeki ke Cameron bersama keluarga. Bawa anak-anak jalan-jalan, melihat-lihat keindahan alam ciptaan Allah swt.  Lama dah nak masukkan gambar-gambar tu dalam blog ni tapi tak berkesempatan. kat bawah ni gambar masa melawat ' Big Red Strawberry Farm'.  Ada lagi banyak gambar di Ladang teh boh dan Taman Rama-Rama, insyAllah akan dimasukkan untuk kenangan pribadi dan untuk tatapan keluarga dan rakan-rakan. Wassalam.

  










Ambil gambar ajelah, kalau nak beli banyak sangat, nanti ada yang nangis tercucuk duri!!




Sukanya dia dengan pokok cactus!!...ada juga beli rm10 je untuk 6 bekas yang kecil dan comel ( bukan yang dalam gambar nih)...Harap-harap hiduplah semuanya setakat hari ni masih lagi hidup, alhamdulillah.








Tak payah tanam atas tanah, nampak cantik dan kemas, kerja memetik pun senang, membaja pun senang.


pelbagai jenis pokok cactus




Pokok strawberry dalam pasu-pasu kecil. Tak banyak buah strawberry yang masak jadi, kami pun tak jadi nak memetiknya, dewasa  2 orang untuk bawa satu bakul,  rm25  untuk masuk memetik. Pas tu kena bayarlah jumlah buah strawberry yang dipetik.


La...apa nama cafe yang jual makanan dan minuman serta aiskrim yang berasaskan strawberry kat atas 'puncak' tu
Tulaaa...lambat sangat  masukkan dlm blog...dah tak ingat dah...tapi ada ambil gambar menu dia...kira ok la jugak kan!



Ni cheese cake strawberry, sedap jugak...uhmmm!

Masa kami sedang minum-minum lepas penat jalan-jalan dan amik-amik gambar...kesian kat satu family tu..depa beli aiskrim strawberry banyak bekas la juga, mula yang satu jatuh, pas tu si ayah(agaknya laa) cuba nak amik...malang tak berbau, dia terlupa sebelah tangan yang satu lagi membawa lebihkurang 10 bekas, agak ajelaa (dalam dulang) habis jatuh dan tumpah semuanya.  Hikmahnya di sini, yang di dalam tangan belum lagi dinamakan rezeki kita...tapi kami rasa simpati sangat tapi tak dapat nak tolong...Kalau Cafe sendiri, boleh juga bagi ganti...tak ganti penuh pun separuh ke..sebab ia bukan sengaja....kami nampak depa beli semula....dah hajat nak makan....tapi Allah rezekikan juga....Alhamdulillah cuma belanjanya jadi lebih laaa...itulah yang dinamakan takdir, tak seperti yang kita rancangkan...







Dah nak balik dah dari melawat ladang strawberry, yang kami g tu yang tepi cerun yang  lorong kecil tu..




dah letih dah...tapi nak bergambar juga....yelah sebelum tu naik ke atas ladang tu punyala curam....adalaa yang kena tolak..he he he...rupa-rupanya boleh je naik ngan kereta!!



Amacam....macam kat mana yea...?! 



pemandangan dari dalam apartment yang kami menginap


Sedikit jajan dan key chain yang dibeli dari ' Kedai  atas puncak' di Ladang Strawberry tu.



Sebelah petangnya, Jumaat 29-3, makan di apartment yang disewa je..masak la apa yang dibawa...



Sarapan pagi esoknya simple je, nasi goreng dan Salad (yang dibeli dari ladang Strawberi). saladnya fresh, rangup, lembut...sedap...makan pula satu family guna dulang...sungguh manis untuk dikenang, ia juga sunnah yang patut dibuat dalam keluarga untuk mengeratkan kasih sayang, dengarnya mudah tapi nak amalkan sangatlah susah...nipun kali pertama dapat makan sedulang satu family, sebab dah berhajat...usungla dulang sampai ke cameron...he he he...berbaloi..


Hari ni 12 April 2013, selamat hari lahir buat cik abang sayang, moga dimurahkan rezeki, bertambah iman, moga dapat pula kita ke Haromain...moga Allah perkenankan aamiin.