Translate

Thursday, 11 April 2013

Bercuti di Cameron ( 28-30 Mac 2013), untuk tatapan sendiri, keluarga dan rakan-rakan yang berminat dengan pemandangan yang menarik.


Alhamdulillah, tahun ni ada rezeki ke Cameron bersama keluarga. Bawa anak-anak jalan-jalan, melihat-lihat keindahan alam ciptaan Allah swt.  Lama dah nak masukkan gambar-gambar tu dalam blog ni tapi tak berkesempatan. kat bawah ni gambar masa melawat ' Big Red Strawberry Farm'.  Ada lagi banyak gambar di Ladang teh boh dan Taman Rama-Rama, insyAllah akan dimasukkan untuk kenangan pribadi dan untuk tatapan keluarga dan rakan-rakan. Wassalam.

  










Ambil gambar ajelah, kalau nak beli banyak sangat, nanti ada yang nangis tercucuk duri!!




Sukanya dia dengan pokok cactus!!...ada juga beli rm10 je untuk 6 bekas yang kecil dan comel ( bukan yang dalam gambar nih)...Harap-harap hiduplah semuanya setakat hari ni masih lagi hidup, alhamdulillah.








Tak payah tanam atas tanah, nampak cantik dan kemas, kerja memetik pun senang, membaja pun senang.


pelbagai jenis pokok cactus




Pokok strawberry dalam pasu-pasu kecil. Tak banyak buah strawberry yang masak jadi, kami pun tak jadi nak memetiknya, dewasa  2 orang untuk bawa satu bakul,  rm25  untuk masuk memetik. Pas tu kena bayarlah jumlah buah strawberry yang dipetik.


La...apa nama cafe yang jual makanan dan minuman serta aiskrim yang berasaskan strawberry kat atas 'puncak' tu
Tulaaa...lambat sangat  masukkan dlm blog...dah tak ingat dah...tapi ada ambil gambar menu dia...kira ok la jugak kan!



Ni cheese cake strawberry, sedap jugak...uhmmm!

Masa kami sedang minum-minum lepas penat jalan-jalan dan amik-amik gambar...kesian kat satu family tu..depa beli aiskrim strawberry banyak bekas la juga, mula yang satu jatuh, pas tu si ayah(agaknya laa) cuba nak amik...malang tak berbau, dia terlupa sebelah tangan yang satu lagi membawa lebihkurang 10 bekas, agak ajelaa (dalam dulang) habis jatuh dan tumpah semuanya.  Hikmahnya di sini, yang di dalam tangan belum lagi dinamakan rezeki kita...tapi kami rasa simpati sangat tapi tak dapat nak tolong...Kalau Cafe sendiri, boleh juga bagi ganti...tak ganti penuh pun separuh ke..sebab ia bukan sengaja....kami nampak depa beli semula....dah hajat nak makan....tapi Allah rezekikan juga....Alhamdulillah cuma belanjanya jadi lebih laaa...itulah yang dinamakan takdir, tak seperti yang kita rancangkan...







Dah nak balik dah dari melawat ladang strawberry, yang kami g tu yang tepi cerun yang  lorong kecil tu..




dah letih dah...tapi nak bergambar juga....yelah sebelum tu naik ke atas ladang tu punyala curam....adalaa yang kena tolak..he he he...rupa-rupanya boleh je naik ngan kereta!!



Amacam....macam kat mana yea...?! 



pemandangan dari dalam apartment yang kami menginap


Sedikit jajan dan key chain yang dibeli dari ' Kedai  atas puncak' di Ladang Strawberry tu.



Sebelah petangnya, Jumaat 29-3, makan di apartment yang disewa je..masak la apa yang dibawa...



Sarapan pagi esoknya simple je, nasi goreng dan Salad (yang dibeli dari ladang Strawberi). saladnya fresh, rangup, lembut...sedap...makan pula satu family guna dulang...sungguh manis untuk dikenang, ia juga sunnah yang patut dibuat dalam keluarga untuk mengeratkan kasih sayang, dengarnya mudah tapi nak amalkan sangatlah susah...nipun kali pertama dapat makan sedulang satu family, sebab dah berhajat...usungla dulang sampai ke cameron...he he he...berbaloi..


Hari ni 12 April 2013, selamat hari lahir buat cik abang sayang, moga dimurahkan rezeki, bertambah iman, moga dapat pula kita ke Haromain...moga Allah perkenankan aamiin.


Tuesday, 26 March 2013

Ubah Sikap - episod 2

Salam semua,

Ehm..hari ni tak sempat rasanya nak tulis panjang-panjang, tadi baru je tengok Youtube , mengisahkan perihal 'ubah sikap episod 2'.

Jadi nak kongsikanlah, ada yang lucu, ada yang terkena dgn diri kita dan orang-orang di sekeliling kita, walaulah ia bukanlah disengajakan tapi itulah realiti kita dalam kehidupan sehari-hari....

Tak mau cakap banyak lagi... jadi saksikanlah


Yang baik, kita ambilla sebagai pengajaran. Yang buruk jadikan sempadan dan proses untuk mendidik dan mengubah sikap kita dan ahli keluarga kita..

Moga bermanfaat.

Wassalam.

Saturday, 16 March 2013

TESTIMONI DARI PENGGUNA KASTURI -1

Salam sejahtera semua,

Sebenarnya lama dah nak kongsikan testimoni tentang kelebihan penggunaan kasturi  ni.

Testimoni 1...tentulah dr penjual dan empunya blog ni...nak citer ringkas ajelah, sebab citer diri sendiri takut orang ingat kita suka-suka je nak citer,  ok lah bagi sesiapa yg rasa selalu letih-letih tapi tak berapa suka makan ubat itu dan ini, maka eloklah gunakan kasturi yg sgt wangi ni sebagai mandian....nak tahu kesannya....ehm berbaloi-baloi....bilik air wangi, diri kita pun wangi dan yang pentingnya badan terasa segar dan bertenaga, energetik dan aromaterapi...kalau tak percaya kena cuba....dulu....caranya...nak tahu ke?...ala senang sangat ,masa nak order....nanti kita citer kay...

Berbaloi_baloi sebab tak payah gi spa...badan rasa fresh, yang penting kena rajin....nak gi spa pun kena rajin juga kan! Kan! kena keluar rumah, duit pun keluar banyak...Lagi penat...kan! ...kalau mandi, kan tiap hari kita mandi...senangnye!!  ehm mudahnya...tak keluar tenaga pun... Orang kata nak seribu daya tak nak seribu dalih....heheheh

Jeng jeng jeng.....

Testimoni ke 2 (adik Mus)

Saya ada pelanggan muallaf, dari Melaka (mungkin keturunan baba dan nyonya )....adik ni suka SANGAT guna kasturi susu, katanya sangat wangi, guna sikit aje tapi tahan lama. Dah banyak kali order tau....selalu dia bayar lebih untuk sedekah....saya kagum dengannya walaupun baru masuk Islam, rasanya belum setahun, tetapi dia faham tentang kelebihan sedekah dan berbelanja untuk amal jariah. INI PUN NAMANYA JUALAN AMAL, jadi segala keuntungannya kita salurkan untuk membantu rumah amal dan mana-mana projek yang berbentuk 'fisabilillah'....yang penting niat dan tujuan kita....

Testimoni ke 3 (Puan Rushda)

Menariknya kisah pelanggan yang sorang dari Cheras ni...

Mulanya pn R beli sekotak 12 botol haruman kasturi kijang....tup tup baru seminggu je order lagi 12 botol, saya terkejut gak...cepatnya abih...macamana guna...saya punya satu botol pun berbulan-bulan tak habis....(cara guna, rajin guna, tulah cepat abih, tapi kesannya Pn Rushda satu family yang menikmati...)

Dibawah ini saya masukkan petikan perbualan sms dari pn R (warna biru):

"Assalam pn Su. Aha sy nk order lg, blh?
 Suami & saya & anak2 sy suka mandi dgn minyak kasturi sebelum gi skola/ kuliah/ kerja/ seblm tidor sbb kasturi wangi sgt & bg segar. jd, sy kena order lg seblm stok habis.. Hahaha.
 Tqvm.

RM0.00 M2U: 3rd Party Funds Transfer - RM190.00 successful on 14 Mar 2013 03:13:21. If you did NOT perform this transaction, pls call 03-58914744. TQ "

"Kali ni, sy niat bersedeqah atas nama kedua arwah ibubapa sy & bonda suami sy. Semoga roh mrk tenang di sana & dimasukkan ke syurga firdausy tanpa hisab. Moga diampunkan segala dosa2 mrk, diterangi & diluaskan kubur serta dilindungi dari azab kubur & seksaan api neraka. Amin."


Moga kedua arwah ibubapa pn R dan arwah bonda suami Pn R berbahagia di sana, dan niat serta sedekah puan sampai kepada mereka.

"Pn Su tau, suami  sy gi bangkok baru2 ni pun bwk sebotol,  Beliau masih lg di sana. Selama di sana, dia mandi gak dgn kasturi tu. Roommate dia pun prasan wangi & tanya pasal wangian tuh.. hahaha.

Satu lg, klu ada sakit2 sendi, perut etc, skrg kitorang dgn yakin sapu ajer dgn minyak kasturi tuh sambil selawat & berdoa. Alhamdulillah lega sakitnya... Amin."


Haruman Kasturi ni, memang sangat berkat sebab ia ada dalam sabda Nabi kita, jadi sama-samalah kita guna untuk kebaikan dan bersedekah...Dunia dapat...akhirat pun dapat...aamiin...

Harapnya Pn Rushda sudah menerima kiriman Kasturi yang sudah diposlajukan..hehehe..!!  Terima kasih juga kerana memberi sokongan dan mengizinkan testimoni yang menarik ini dikongsikan untuk manfaat orang lain juga...













Tuesday, 12 March 2013

Oh Malaysia, NamaMu pernah harum di bumi Uzbekistan.!

Salam sejahtera,

Alhamdulillah, hari ni berkesempatan pegang laptop tapi hari dah malam dah nak masuk hari Rabu, jadi senang sikitla keja nak update blog ni....

Ni nak kongsi sikit, bagi yang jarang jenguk blog anjangmuor laa....aku terkedu, terpana, bukan tak tahu tokoh yang diceritakan bukan calang-calang, tetapi berita ini sesungguhnya mengharumkan Nama Malaysia di persada antarabangsa....rugilah kalau rakyat Malaysia tak tahu...

Sementelahan pelbagai perkara terjadi seperti  'pencerobohan di Lahad Datu'....Malaysia sangat dalam perhatian...adakah ini yang dikatakan Malaysia itu ibarat 'gadis sunti' yang ramai 'ingin memiliki' dan ramai yang 'jatuh hati' .....

Dan ramai juga  (terutamanya orang dari negara Arab) yang berkata orang Melayu atau orang Malaysia ni adalah 'sebaik-baik manusia'. Mengapa ya? Pada pendapat ku sendirilah, mungkin kerana orang kita masa di Mekah (ia kan tempat berhimpunnya semua bangsa atas nama Islam, jadi sikap sesuatu bangsa itu terserlah dan tak dapat nak dilakon-lakonkan), tak suka tolak-tolak orang, lemah lembut dan lebih sopan daripada bangsa-bangsa lain, kalau marah pun jaranglah ternampak bengisnya. Tubuh badan pula kebanyakannya comel-comel, taklah nampak menakutkan, jadi orang nampak mesra dan baik....Tapi kalau dah ramai bangsa berkata begitu, rasanya tentu Allah akan takdirkan suatu agenda atau jadual atau tugasan besar untuk bangsa ini....!!!

Sebelum berceloteh banyak...mailah kita baca petikan blog dari anjangmuor di bawah...selamat membaca...moga kita dapat merasakan, bertuahnya kita rakyat Malaysia, ada tokoh kepimpinan dari negara kita Malaysia yang negara luar sangat merasa terhutang budi kepada Malaysia atas nama Islam, Allah dan Rasul, berkat ketokohan pemimpin yang hak tersebut!!!!

Tak hairanlah kalau orang kata orang Malaysia baik kan!!, Sebab itu kenalilah pula siapa pemimpinnya yang Hak itu!!! Bukankah besarnya jasa beliau kepada DUNIA ISLAM !!!!  Ya Allah selamatkan pemimpin kami ini....Harumkanlah Namanya sebagaimana kau Harumkan nama Malaysia, seperti kisah dibawah....aamiin aaamiin Ya Rabbal A'lamiin.




Kupetik dari anjangmuor.wordpress.com (terimakasih anjangmuor)

***Pembantu Al-Mahdi Islamkan Penduduk Bokhara***

by anjangmuor
ImageSalam ceria. Pagi semalam anjang kena bawa jemaah Al Fajr ke Manasik Haji. Jabal Tsaur, Arafah, Jabal Rahmah, Mudzalifah, Mina, Jamarat, bermiqat di Ja'ranah dan balik singgah tepi Jabal Nur, gua Hira'. Kali ni naik bas yang ekseklusif. Ada abg Fawzal sekali. Dia kata, la ni duduk di Masjid di Bkt Beruntung atau Bkt Sentosa. Buka gerai jual nasi ayam di Tesco. Lupa namanya, ada aura-aura gitu. Ramai betul anjang jumpa bekas Arqam. Lepas pengharaman, masing-masing bawa haluan sendiri.
Tapi kita tak pernah dengar ada orang yang tak pernah ikut Jemaah Arqam. Orang kuat UMNO pula. Seorang yang rapat dengan mantan PM Malaysia, Tun Dr Mahathir. Tapi sangat mempertahankan jemaah Al Arqam.
Beliau adalah Dato' Dr Abd Malek Hanafiah, bekas setiausaha politik Tun Mahathir Muhammad dari tahun 1990-1995. Pernah jadi Adun Taiping dan Exco Kerajaan Perak selama 2 penggal. Sebelum bertugas di pejabat PM, beliau adalah pensyarah di UPM selama 15 tahun. Bila Tun offer dia betugas dengannya, dia meletakkan syarat, dia hanya akan terima tawaran itu jika Tun bersedia menerima sikapnya yang tidak sesekali akan jadi 'yes man'. Kalau dia rasa sesuatu itu tak betul, Tun kena bersedia mendengar hujahnya. Tun bersetuju dan mengatakan, dulu diapun kaki bangkang juga.
Di sudut yang lain, Dato' sangat mengikuti perkembangan Abuya. Semua buku-buku, majalah-majalah, apa saja keluaran Al Arqam dibeli, dibaca dan difahami. Dia sangat faham jalan pemikiran Abuya. Pernah berjumpa Abuya. Bapa mertuanya berasal dari Sikinchan, Imam Kg Sg Leman. Abang iparnya, Hj Talha pernah ikut jemaah Abuya.
Di atas kefahamannya tentang jemaah Abuya dan sikapnya yang bukan 'yes man', Dato' selalu berhujah dengan Tun Mahathir mempertahankan Al Arqam. Tun pula mendapat info negatif tentang Arqam dari Datuk Hamid Osman. Sikap Tun sebenarnya sangat menerima kebenaran jika ia diasaskan dengan hujah yang kuat dan fakta yang logik pada pemikirannya. Bila Tun mendapat presepsi berbeza tentang Al Arqam dari Dato', Tun berkata,
"You berani berhujah dengan Hamid Othman tentang pendapat you ni?"
Dato' tak de masalah dan sanggup. Dalam pertemuan itu Dato' dapati Datuk Abd Hamid Othman, tak baca buku-buku karangan Abuya dan mengikuti perkembangan jemaah. Adalah tidak adil menghukum Abuya dan jemaah sedangkan dia sendiri tidak mendalami jalan pemikiran Abuya dan aktiviti jemaah.
Ada peristiwa besar berlaku antaranya dengan Tun Mahathir yang membuktikan ketokohan Abuya. Suatu ketika, Dato iringi Tun melawat negara Uzbezkistan yang baru merdeka dari Russia. Ketika itu Uzbek masih kuat dalam cengkaman komunis. Adalah berbahaya untuk ke Bokhara melalui jalan darat dari Tashkent, maka rombongan Tun menaiki helikopter ke sana. Seelok turun mereka diberi sambutan besar dan sangat meriah dengan paluan kompang oleh penduduk tanah kelahiran Imam Besar Hadis, Imam Al Bokhari.
Apa yang memeranjatkan Tun dan semua ahli rombongan ialah, dalam ucapan pemimpin setempat, mereka amat berterima kasih kepada Malaysia kerana membantu mereka kembali kepada Islam. Setelah lebih 70 tahun di bawah pemerintahan komunis, Islam kami yang tinggal pada nama sahaja. Sehinggalah datang pendakwah dari Malaysia, mengislamkan kami semula. Mereka sangat menghormati Malaysia dan rasa terhutang budi dengan orang Malaysia. Sedangkan PM Malaysia sendiri tertanya-tanya siapakah orang Malaysia itu.
Ketika masuk ke dewan Masjid Bokhari, rombongan Tun sangat terperanjat kerana di dinding dewan itu tergantung frame gambar Abuya. Sambil menunjukkan gambar tersebut, Imam Besar Masjid berkata kepada Tun Mahathir, 
"Inilah orang yang mengislamkan semula kami, Syeikh Imam Ashaari At Tamimi."
Begitulah kehebatan Abuya, pemimpin roh. Dalam seramai lebih 3 juta ahli UMNO, ada seorang yang sangat berani membela Abuya di hadapan PM. Tak cukup dengan hujah-hujah ilmiah dan bukti-bukti aktiviti jemaah Abuya yang membawa kebaikan kepada masyarakat, Allah tunjukkan bukti kepimpinan Abuya di peringkat antarabangsa kepada Tun M dan teamnya di Uzbekistan. Harum nama Malaysia oleh Abuya. Mengislamkan ramai orang di bumi yang baru bebas dari cengkaman Komunis, satu kerja yang amat besar. Tak kan orang macam ni sesat. 
Ok, banyak lagi cerita dari Dato yang dah 2 tahun nak jumpa bonda Wasilah. Kali ni dipertemukan. Semuanya busyro. Kemenangan demi kemenangan. Kali pertama anjang lihat, tetamu yang keluar istana RSA, jam 2 pagi.
Sekarang anjang join rombongan Umrah diketuai Syh Salleh, Syh Inaam dan Syh Abil ke Thoif. First time ke sini. Kawasan tanah tinggi yang sejuk udaranya. Berbeza dari Mekah. Tapi tetap gondol buminya, penuh dengan bukit-bukit batu yang tajam dan keras menyimpan sejarah penduduknya Bani Tsaqif yang pernah menghalang dakwah Nabi SAW. Anjang rasa, orang Malaysia ramai yang begitu, pernah menghalang usaha-usaha dakwah Abuya di tanahair. Tapi kini, di era puncak, satu bas orang Malaysia ini (malah dah berbas-bas) kena dengar apa Abuya syarahkan pada mereka melalui orang-orangnya.
Otw ke Thoif.
11.52am, Mac 11, 2013.Image

Friday, 22 February 2013

Kisah Kehidupan Rasulullah saw

Salam semua,

untuk renungan bersama..

Kisah Kehidupan Rasulullah.        

Siti Aisyah r.ha telah di pelawa menghadir majlis makan-makan, bila makanan terbentang depan mata, dan apabila makanan di suapkan ke mulutnya, Siti Aisyah r.aha yang merupakan ‘ibu kepada semua orang islam’ telah menangis…Sedang air mata mengalir di pipi, beliau berkata…“Rasululullah SAW tak pernah makan roti yang sebegini lembut semasa hayatnya bersamaku..”(lebih kurang maksud)  Siti aisyah berkata lagi…“Roti yang biasa Nabi Muhammad SAW makan, adalah roti yang keras dan murah, itupun baginda tidak dapat makan sampai kenyang..(kerana sedikit sahaja yang ada dan sering di bahagi-bahagikan)”

Riwayat lain Aisyah berkata:“Baginda tidak pernah makan kenyang selama dua hari berturut turut walaupun dengan roti jagung dalam sepanjang hayatnya sehinggalah kewafatannya…”

“Pernah satu hari bila tiba waktu berbuka puasa.., tiada apa apa makanan di rumah kami, melainkan hanya sebiji kurma, maka Rasulullah telah mebahagikan kurma itu kepada dua bahagian, satu untuk aku dan satu lagi untuk baginda, dan itulah sahaja juadah kami berbuka puasa…”

Bercerita tentang kehidupan Nabi Muhammad saw, Nabi hidup sehari kenyang dan sehari lapar bukan kerana Nabi amalkan diet, atau Nabi muflis, tapi kerana rumah Nabi memang tiada makanan! Langsung! Pernah satu pagi nak bersarapan, isteri baginda memberitahu bahawa makanan tidak ada.  Maka Nabi dan isterinya buat keputusan untuk berpuasa..!

Kata Ibnu Abbas r.a lebih kurang maksud: “Berlapar selama beberapa hari adalah perkara yang menjadi kebiasaan dalam kehidupan keluarga Rasullullah"

-Sedikit ulasan-
moga-moga ada manfaatnya untuk peringatan kepada diriku jua..

Sungguh, kalau kita renung-renungkan!! jauhnya kehidupan kita dengan baginda, anak-anak kita selalu dipastikan cukup makan pakai. Tetapi hal2 rohani sering kita abaikan.  Rasulullah saw, kehidupan baginda banyak berjuang, memang R saw tidak mengusahakan makan minum, tetapi kita ummatnya disuruh berusaha untuk menampung keluarga, tambah2 yg ramai anak.

Tetapi malangnya usaha kita untuk keperluan lahir adalah melebihi daripada keperluan Rohani. Kita ambil contoh mudah, ramai ibu bapa mudah menangis kalau anak tak dapat cukup makan atau keperluan sekolah tak cukup (ini bagi yg hidup susahlah, yang senang tiada masalah dalam hal makan pakai, tapi Allah uji dgn masalah lain pula) , tapi ramai yang tak mahu menangis apabila anak2 susah atau liat untuk bersembahyang, sudah terjebak dengan sistem Yahudi yang melalaikan (antaranya internet, V game, facebook, bola, h phone), dedah aurat, bergaul bebas, tak pandai berbudi bahasa dan sudah tak ada minat untuk merujuk buku-buku agama dan tak mahu mencari guru agama yang hak.

Jadi kita boleh nilai sendiri, sebab itulah kebanyakan orang2 yang perjuangkan agama di zaman ini, hidupnya agak susah berbanding orang yang perjuangkan material. Tetapi susah-susahpun hanyalah pada wang ringgit jika dibandingkan dengan orang yang perjuangkan kehidupan nafsi-nafsi iaitu keluarga sendiri. Susah di sudut material, tetapi makanan tetaplah ada, tidaklah sampai macam kehidupan Rasulullah saw dahulu. Dengan alasan tak mahu susah dan tak suka untuk berkorbanlah, ada segolongan orang tidak suka kepada golongan yang cuba untuk mengikut cara kehidupan Rasulullah saw.

Para Rasul itu ujiannya paling berat, sebab itulah jiwa hamba pada Rasulullah itu sangat menebal, boleh sahaja R saw untuk doakan supaya Allah datangkan makanan yang enak-enak, tetapi bagi R saw, itu bukan keutamaan...jadi renung-renungkanlah!!

Apakah keutamaan kita sebenarnya di dunia ini ??!!

Kesusahan itu bukanlah suatu kehinaan!! Ia sebenarnya adalah suatu keperluan untuk melatih diri merasa hamba!

Kalaulah ia Dilakukan kerana agama!!
Sanggup Bersusah-susah untuk Islam, itulah kemuliaan di sisi Tuhan...tapi apa sudah jadi dengan kita hari ini...sanggupkah kita bersusah-susah walaupun sedikit untuk Islam??  Kita belum lagi disuruh berperang...belum pun ada yg cedera atau terbunuh seperti para sahabat!,  kita hanya diminta berkorban sedikit sahaja drpd hasil keselesaan hidup (yang sementara ini) seperti masa, tenaga atau wang ringgit untuk Islam. Kita disuruh merintih dan menangis di malam hari supaya Kerajaan ajaib kayakan islam..Kita perlu bela Rasulullah sebelum mengharap Rasulullah membela kita nanti..

Tanyalah pada hati kita?

Bagaimana dgn diri kita?

Sanggupkah kita melihat keluarga kita susah, kalaulah takdirnya kita perlu berkorban untuk Islam?


Sanggupkah kita melihat sebuah Jemaah Islam bersusah payah tanpa kita mau turut serta?

Memang Islam itu sudah dijanjikan akan menang!!..tapi adakah kita tidak mahu ambil peluang untuk menanam saham yang hasilnya akan dituai di akhirat sana! Ini era puncak untuk kebangkitan Islam kali kedua, pengorbanan sebelum berlakunya kemenangan, ia adalah sangat besar nilaiannya!!

Kalaulah kita hanya bertindak sebagai pemerhati, malang dan tiada rezekilah...apa boleh buat..kerana sanggup memilih untuk bersenang-senang dahulu...tolonglah wahai kerajaan ajaib supaya diri kami dan keluarga kami tidak termasuk dlm golongan sebegini yang tentunya akan menyesal tak berkesudahan apabila peluang untuk mengambil bahagian sudah terlepas!!

Orang Islam patut mencontohi perjuangan baginda Rasul, Jemaah Islam patut kaya, tetapi individunya sanggup miskin kerana hasil kekayaan diri tak tergamak untuk digunakan semewahnya untuk diri sendiri semata....lihatlah bagaimana berkorbannya Nabi kita (juga para isteri dan ahli keluarga baginda yang suci), langsung tidak mengambil untuk kepentingan diri dan keluarga baginda..bagindalah suri tauladan kita, tak mampu banyak, kita cubalah berkorban walau sedikit, dengan apa cara yang termampu...nescaya Allah dan Rasul tak akan persia-siakan!!..


Sepatutnya kita sedar dan merasa pilu, betapa jauh bezanya kehidupan Rasulullah saw dengan kehidupan kita..Rasul yang akan memberi syafaat kepada kita jika kita diakui sebagai ummatnya Suatu hari nanti di Padang Mahsyar kelak!! Betapa gerun dan dasyatnya waktu itu dan kita pasti menempuhnya!...( Hu hu hu...eloklah kita menangis dan mengenang-ngenangkan begitu ketaranya perbezaan semangat juang kita, Rasulullah sangat utamakan akhirat dan hal yang berkaitan dgn roh...tapi kita utamakan ...?)

Ampun maaf,

Wassalam.

Jumaat, 11:49 pm.


 ~" sampaikanlah dariku biarpun hanya sebaris ayat "

Monday, 18 February 2013

DOA TERAKHIR RASULULLAH

DOA TERAKHIR

Pernah Nabi ziarah anak kesayangannya Siti Fatimah r.aha, tiga kali bagi salam dan tak ada dengar jawapan, akhirnya untuk salam yang terakhir ada jawapan salam dari Fatimah r.aha dengan nada yang perlahan…, dan Siti Fatimah r.aha merangkak membuka pintu kerana berada dalam keadaan yang sangat lapar, nabi menangis, kemudian datang Husin dan Hasan cucu Nabi berlari ke arah baginda dengan harapan adalah makanan yang di bawa, tapi mereka kecewa apabila mendapati baginda SAW datang dengan tangan kosong..

Lalu nabi SAW mencium cucu kesayangannya ; Seorang cium di perut..Seorang cium di leher...Lalu ter’kasyaf’lah Fatimah r.aha akan nasib yang bakal menimpa anak anak nya iaitu seorang akan di bunuh dengan di pancung dan seorang bakal dibunuh dengan di racun..

Lalu merayulah Fatimah r.aha kepada baginda dengan linangan air mata agar Nabi SAW menggunakan doa ‘terakhir’ untuk mengubah takdir anaknya..

Nota: setiap Nabi a.s mempunyai doa ‘terakhir’ iaitu doa yang paling makbul yang biasanya para Nabi gunakan untuk memohon Bala Bencana kepada ummatnya – Rujuk cerita para Nabi. Contoh macam Nabi Yunus, bila umat baginda tak mahu menerima ajarannya, baginda pun berdoa kpd Tuhan supaya didatangkan bala supaya mereka sedar. Nabi Nuh pula dengan banjir besar. Kebanyakan Nabi2 doakan, apabila umat mereka sudah terlalu degil.

Tapi Nabi SAW menolak permintaan puteri kasayangannya kerana telah berniat untuk menyimpan doa ‘terakhir’ tersebut untuk ummatnya di padang mahsyar.., Oh! begitu cinta sekali Nabi kepada KITA Ummatnya..!!!|

Patutlah Allah dan Malaikat pun berselawat ke atas baginda.  Patutlah nama Baginda digandingkan dengan Nama Allah. Pribadi baginda sungguh agung dan Mulia, bijaksananya tak terjangkau oleh akal kita, mementingkan keselamatan ummat melebihi anak-anak dan cucunda kesayangan!! ... Nabi kita, sangat sayaangkan kita, tetapi ini tidaklah menafikan sayangnya baginda pada anak dan cucu baginda, ini pengajaran untuk kita cungkil hikmahnya, Rasulullah sangat bijak untuk membuat pilihan demi keselamatan keluarga dan ummat baginda. Kita pun begitulah, kalau nak ikut Rasulullah, tentu ada yang terpaksa kita korbankan, biar terkorban sekarang, tapi jauh di masa depan atau di akhirat sana baru nampak hasilnya yang lebih lumayan !!

Pengorbanan baginda itu, Walau Degil macamana pun ummatnya, baginda tetap simpan doa terakhir untuk selamatkan kita di padang mahsyar! Tapi apakah kita benar-benar mengikut ajaran baginda? Adakah kita lebih sayangkan anak-anak, suami / isteri ? Atau ibu bapa? Atau harta benda? Atau keluarga? Sanggupkah kita berpisah dengan keluarga untuk berkorban untuk Islam? Demi Agama suci yang baginda bawa??, yang kerana Islamlah Baginda dan seluruh hidup baginda, keluarga baginda dan para sahabat berkorban habis-habisan...bukan sekadar harta tetapi sanggup menggadaikan nyawa tanpa banyak alasan untuk utamakan kepentingan diri dan keluarga semata....

Sungguh menyayat hati..kalaulah kita renung-renungkan!!! Jauhnya kita daripada menyayangi dan mencintai baginda!!!

Pengorbanan baginda tiada taranya!! Layakkah kita untuk menjadi ummat baginda? Adakah kita layak untuk mendapat doa terakhir daripada baginda??

Apakah pengorbanan kita untuk Nabi kita??

Ya Allah, Ya Rasulullah, Ya Sayyidi, Ya Abuya Putra Bani Tamim, tolonglah ampunkan dan taubatkan kami dan berilah kami kesedaran dan kesempatan untuk berubah sebelum ajal menjemput kami!!!

Nota : disebut dlm Hadis, Putra Bani Tamim itu sebagai orang Kanan Imam Mahdi, beliau menyediakan tapak untuk pemerintahan Imam Mahadi, yang Allah dgn kuasaNya meng'ghaib'kannya sehingga sampai masanya yang dirahsiakan.

Di zaman ini, Putra Bani Tamimlah yang arif tentang perjuangan Rasulullah, bagaimana untuk kita dipimpin untuk menghayati perjuangan Rasulullah yang mana beliau juga bertanggungjawab menyedarkan kita, ummat akhir zaman ini supaya kenal siapa Nabi kita dan supaya kita benar-benar kenal diri dan sedar diri kita ini hanya sebagai hamba kepada yang Maha Esa.

Moga bermanfaat bagi diriku, keluargaku dan juga mereka yang mahu mengambil pengajaran.


Ampun maaf.

Wassalam.

"sampaikanlah dariku biarpun hanya sebaris ayat"

Thursday, 7 February 2013

JUALAN AMAL HARUMAN KASTURI


Bersempenakan Bulan yang Berkat ini, marilah kita selalu berwangi-wangian....


PRODUK UTAMA JUALAN AMAL HARUMAN KASTURI


           WANGIAN  IDAMAN  ALAF  INI
                                    SUMBER  INSPIRASI  SPIRITUAL
                                                         EKSKLUSIF  UNTUK  SEMUA
                                                                               DI MANA-MANA  &  BILA BILA

JUALAN AMAL WANGIAN KASTURI


Harga yang sangat berpatutan, dengan Jaminan Kualiti yang terbaik.  Aromanya yang tersendiri sangat memberi kesan kepada jiwa dan perasaan mengikut pilihan citarasa anda. Buat permulaan ini, Cubalah ketiga-tiganya untuk pilihan mengikut kesesuaian anda, Insya Allah setakat ini ia tidak menghampakan. Nilai 'RM' Belian anda juga termasuk dalam sedekah 'amal jariah' kerana tujuan JUALAN ini adalah untuk mencari DANA tambahan untuk usaha-usaha 'fisabilillah'. Moga Sambil anda Membeli, anda juga mendapat SAHAM AKHIRAT disamping dapat juga mengamalkan SUNNAH yang mana antara kesukaan baginda Rasulullah saw adalah wangi-wangian. Dan sebaik-baik wangian adalah Minyak Wangi Kasturi.


ANTARA PRODUK 3S ( Saham Akhirat , Mengikut Sunnah , Solat dengan memakai wangian adalah 70 kali lebih baik daripada tanpa wangian )


1) Kasturi Susu  ~ RM35 sebotol (3ml)
       Haruman yang Manis Menenangkan Jiwa
       warna : Putih Pekat ( Asli )
      - harap goncangkan botol beberapa kali utk calitan kerana    
        ia sangat pekat

2) Kasturi Mentari (Delima Kijang) ~ RM25 sebotol (3ml)
       Haruman yang Segar Mengulit Jiwa serta memberi  
       rasa Ceria dan Cergas 
       warna : Kuning Emas ( Asli ) dgn bintil-bintil Hitam Kasturi
       -  Baik untuk Aromaterapi dan sebagai ikhtiar menghalang 
          penyakit- penyakit yang disebabkan gangguan makhluk 
          halus. Semuanya adalah dengan izin Allah swt )

3) Kasturi Putih ~ RM25 sebotol (3ml)  
       Wangian yang Lembut Mempesona Bak Seribu Bunga 
       warna : Jernih tanpa warna
       - Aroma Ros Segar yang menenangkan jiwa


4) Kasturi Pink (BARU 1.5.12) ~ RM60 sebotol (5ml) 
        Haruman yang Manis, Lembut serta Segar.

        warna : Merah jambu (pink) . Pekat seperti kasturi susu,  
      goncang botol sebelum calitan.
      - Sungguh unik, Aroma Lembut dan Segar, seakan-akan  
        wangian strawbery yang membuat hati terasa nyaman 
        sekali.


         SEDEKAH ITU LEBIH TAJAM DARIPADA BERDOA





Monday, 4 February 2013

SIAPAKAH CALON PEREMPUAN YANG BAIK UNTUK DIJADIKAN ISTERI


Salam semua, masih lagi kita di bulan berkat, bulan kelahiran baginda Rasul yang mulia, 24 R.Awwal bersamaan 5 Feb 2013. Moga kita sama-sama dapat mengutip berkat drp baginda Rasul dan orang -orang yang menempuh jalan hidup baginda dan para sahabat baginda serta ahli keluarga baginda yang mulia, yang suci dan yang  terpilih.


Di bawah ini, saya petik sebuah artikel yang sangat menarik dan murni untuk dikongsikan, sama-samalah kita berdoa semoga anak-anak dan keturunan kita bakal mendapat calon isteri seperti yang dikhabarkan dalam artikel dibawah.  Sungguh banyak panduan yang berguna, perkahwinan itu bukanlah sesuatu 'trial and error', ia adalah hala tuju untuk keselamatan kita dan ahli keluarga kita di akhirat sana. Panduan dan jalan berkat sudah tersedia...'tepuk dada, tanya selera'...semua terpulang kepada kita, kalau kita ada iso tersendiri, Allah lebih-lebih lagi mempunyai  iso yang Maha tinggi lagi terpuji. Maha suci Allah daripada segala sangka jahat hamba-hambaNya.

Selamat membaca, petikan drpd blog suaraharamain, moga bermanfaat sebagai saham akhirat..

SIAPAKAH CALON PEREMPUAN YANG BAIK DIJADIKAN ISTERI.

Islam memberikan panduan kepada lelaki dalam memilih calon untuk dijadikan isterinya. Rasul saw berpesan:
“Kahwinilah perempuan atas dasar kecantikannya, hartanya, keturunannya, atau agamanya. Maka pilihlah atas dasar agamanya nescaya kamu akan selamat dan aman bahagia.”

Di zaman kini, pilihan manusia kebanyakannya atas dasar mereka yang berduit. Sesiapa yang hendak menjadi pasangan hidup kena berduit, kalau hanya ada lidah dan gigi tidak layak, sekali pun ada cita-cita hendak bela Islam. Walaupun calon suami isteri sudah saling merestui, masalah datang dari keluarga kerana salah seorang tidak berduit atau tidak berharta. Inilah realiti yang berlaku di dalam masyarakat Islam sekarang, samada di negara kita mahupun di seluruh dunia.

Bagi mereka yang berpeluang hidup dan bermasyarakat di Timur Tengah, inilah antara masalah besaryang dihadapi umat Islam di sini.
Kalau tiada ratusan ribu riyal atau puluhan ribu dinar, kahwin tinggal angan-angan.
Dengan itu Yahudi mengambil peluang di atas kerosakan ini dengan melakukan perniagaan pinjaman wang kepada lelaki yang mahu berkahwin. Ini realiti. Bagi yang memiliki anak perempuan, inilah masanya untuk 'menjual' anak-anak mereka. Bagi yang berkelulusan tinggi, harganya pun tinggi. Bagi yang sijil sekolah menengah, mungkin dapat separuh harga (mas kahwin). Berlakulah masalah andartu yang berlebihan di Arab Saudi kerana sistem ini. Di Syria, lelaki berumur 40 tahun baru boleh berkahwinkerana mahu mencari duit. Itu pun belum tentu kekal. Pinjaman masih berhutang tapi sudah bercerai.Berjaya Yahudi merosakkan kehidupan umat Islam!

Sabda baginda lagi:
“Wanita yang paling baik itu ialah yang murah mas kahwinnya, yang senang nikahnya, yang baik akhlaknya. Dan wanita yang jahat itu ialah yang mahal mas kahwinnya, yang susah nikahnya, dan buruk akhlaknya!”
Apa yang Rasul gambarkan di atas ini, yang berlaku kini adalah sebaliknya. Masing-masing berlumba dengan nilaian mas kahwin yang paling tinggi, dengan 1001 permintaan yang tidak masuk akal. Jelaslah masyarakat Islam telah dirosakkan Yahudi. Apa yang menjadi kesukaan baginda, telah dicabut dari umatnya.

Bukankah membina keluarga Islam itu antara yang dituntut oleh Allah? Tuhan minta kita tegakkan dan perjuangkannya bermula pada diri dan keluarga. Duit bukanlah segala-segalanya.
Namun Tuhan berlepas tangan kepada umat Islam bilamana sudah tersilap berfikir bahawa wanglah penyelesai segala-galanya.

Baginda rasul pernah sabdakan iaitu;
ستكون في أخر الزمان من أمتي دينهم دينارهم وقبلتهم النساء
“Akan berlaku suatu masa di akhir zaman dikalangan umatku, agama mereka adalah wang dan kiblat mereka adalah perempuan”.

Di dalam Islam, masyarakatnya terbahagi kepada dua. Pertama Awwamul Muslimin, yang ke duaMuqarrabin. Golongan pertama ialah golongan yang Islamnya cukup syarat. Sekadar tidak melakukan yang haram, sembahyang lima waktu dan lain-lain amalan asas dalam Islam. Berbeza dengan golongan yang ke dua, mereka ini ialah golongan yang hidup mati untuk Islam. Islam itu tidak di mulut tapi dalam perlaksanaan. Islam tidak di slogan tapi dalam perbuatan. Islam itu dihayati dan diamalkan.Ini berlaku di dalam masyarakat Islam terdahulu. Rasul dan para sahabat (Muhajirin dan Ansar) adalah golongan yang sanggup mati untuk Islam. Manakala masyarakat awam adalah sebagai masyarakat yang memeriahkan amalan Islam bersama.

Berkenaan urusan kehidupan, tak sama apa yang baginda lakukan terhadap para Muhajirin dan Ansar dengan masyarakat awam di zaman itu. Muhajirin dan Ansar, apa-apa yang dibuat adalah restu dan izin dari Rasul. Kalau baginda setuju, mereka buat. Kalau baginda menolak, mereka tinggalkan. 
Begitulah juga dalam hal perkahwinan.

Bagi masyarakat awam, panduan di dalam hadis yang pertama itu sudah memadai, dan itulah panduan paling minima atau paling ringan dan paling rendah, dan itulah jaminan dari baginda Nabi saw. Namun bagi golongan Muqarrabin, orang-orang bertaqwa, itu bukan pilihan mereka dan itu bukan untuk mereka.
Adakah ini bercanggah?! Tidak!

Sabda Nabi saw:
حسنات الأبرار سيئات المقربين
“sebaik orang soleh seburuk orang bertaqwa.”

Bagi Muqarrabin, berjemaah adalah perlu dan wajib. Sabda Nabi lagi:
عليكم بالجماعة
“Wajib ke atas kamu berjemaah!”

Jemaah ini mesti ada pemimpinnya. Jika zaman Rasul, bagindalah pemimpinnya. Zaman Khulafaur Rasyidin, para khalifahlah pemimpin mereka. Di zaman-zaman lain, mujaddid adalah pemimpin yang diutuskan sebagai wakil Nabi saw. Merekalah yang perjuangkan hidup berjemaah ini, dan Awwamul Muslimin memeriahkan masyarakatnya.

Contoh di dalam masyarakat di zaman Khulafaur Rasyidin, para sahabat atau tabiin atau tabiut tabiinmenyerahkan urusan perkahwinan kepada Khalifah atau gabenor yang dilantik. Hinggalah kita mendengar kisah Sayyidina Umar mencari lelaki-lelaki untuk dikahwinkan, kerana ada perempuan-perempuan atau keluarga yang menyerahkan diri atau anak mereka untuk dikahwinkan dengan pilihan Khalifah. Ini adalah trend salafussoleh.
Ini adalah trend mencari berkat. Restu pemimpin adalah keselamatan.

Ini adalah ISO salafussoleh. Awwamul Muslimin adalah kualiti rendah yang diluluskan oleh Rasulullah. Manakala Muqarrabin dan Muttaqin, ini adalah kualiti yang terbaik. Sudah tentu tak sama. Dunia pun mempunyai ISO untuk menentukan barang yang berkualiti rendah, dan yang berkualiti tinggi. Sudah tentu Allah ada ISO-Nya tersendiri!

Di dalam Islam lagi, suami adalah jambatan bagi isteri untuk menuju akhirat. Jambatan yang akan membantu para isteri mendapatkan Allah dan Rasul. Lihatlah di zaman Rasul dan para sahabat. Para janda diselamatkan, dikahwinkan setelah bercerai atau kematian suami. Ini bukan soal keinginan nafsu, tapi ini adalah keselamatan buat isteri! Kata baginda saw, wanita adalah makhluk yang mudah masuk syurga jika taat kepada suaminya dan paling mudah masuk neraka jika durhaka dengan suami.
Kerana inilah para sahabat menyelamatkan janda-janda atau balu-balu sahabat yang lain.

Bagi calon para ikhwan, suami dan isteri adalah hubungan yang disyariatkan demi membesarkan Allah dan Rasul. Ertinya, suami atau isteri tidak layak membesarkan pasangan masing-masing, mereka berpasangan hanya kerana hendak membesarkan Allah dan Rasul.

Persiapkan hati wahai bakal bergelar suami atau isteri! Supaya hati dapatkan Allah, dan ianya sebagai hasil ibadah munakahah yang kita lakukan. Hati itu ialah hati yang sudah kosong dari segala sifat mazmumah seperti sombong dan cinta dunia. Allah wajibkan setiap ibadah yang kita hendak lakukan bermula dengan memastikan hati kita hanya untuk Allah. Supaya hati tidak merasa apa-apa selain rasa hamba dan rasa hina. Hambakan memang hina?!

Maka disini kita kena dapatkan panduan dari Mursyid untuk menjayakan Islam termasuk disudut perkahwinan, kerana mursyidlah akan bertanggungjawab kepada keluarga tersebut. Itulah keutamaan di sini, taat setaat-taatnya pada mursyid. Pilihan yang lebih tepat di sini ialah berpandukan nasihat dari mursyid kerana dia lebih mengenali dan lebih tahu bagaimana hendak menangani masalah kita. Dan dialah yang akan memandu kita dalam menangani isteri kita. Bahkan mursyid sangat bertanggungjawab kepada diri dan isteri kita. Mursyid akan terus pandu supaya kita selamat di dunia dan di akhirat.

Thursday, 31 January 2013

Siapakah Lelaki dan Wanita yang paling baik menurut Islam

Renungan untuk Mengubah Sikap

Masih bersempenakan bulan kelahiran Kekasih Allah, Rasulullah saw, pada pagi Jumaat yang mulia dan berkat ini, 1 Feb 13, 20 RabiulAwwal 1434H, marilah kita sama-sama menghayati pesanan baginda Rasul.  Moga ada manfaatnya untuk kita semua. Moga kita diberi faham oleh Allah dan Rasul.

Nabi SAW bersabda: "Lelaki yang paling baik dari umatku adalah lelaki yang paling baik kepada isterinya. Dan wanita yang paling baik dari umatku adalah wanita yang paling baik kepada suaminya.  Bagi Isteri yang baik pada suaminya tiap hari, akan mendapat SERIBU syahid (kerana ikhlas & sabarnya). Wanita yang paling baik adalah wanita yang membahagiakan suami dalam segala hal yang diinginkannya, selain bermaksiat kepada Allah.  Lelaki yang paling baik dari umatku adalah lelaki yang bersikap lembut pada isterinya, seperti seorang ibu pada anaknya. Setiap hari, SUAMI yang baik kepada isterinya akan mendapat pahala SERATUS syahid (kerana ikhlas & sabarnya)."

Dengan hairan, Umar bin al-Khatab ra bertanya:"Wahai Rasulullah, mengapa wanita dapat pahala seribu, sedang lelaki hanya seratus?'. Nabi SAW menjawab, "Wahai Umar! Pahala & keutamaan isteri lebih besar dari suaminya karena Allah SWT mengangkat darjat lelaki di dalam surga beberapa darjat di keranakan redha dan doa isteri kepada suaminya. Namun ketahuilah bahwa dosa terbesar setelah syirik kepada Allah adalah menderhakai suami.

Dan takutlah kalian kepada Allah terhadap DUA ORANG LEMAH, yaitu ANAK YATIM dan ISTERI.

Barangsiapa yang berlaku baik kepada keduanya, berarti ia telah menggapai redha Allah. Dan barangsiapa yang berlaku buruk kepada keduanya, maka ia berhak mendapat murkaNya.

Hak isteri atas suaminya adalah seperti hakKu atas kalian. Barangsiapa yang mensia-siakan hak Allah, maka ia akan kembali dengan mendapat murka Allah SWT dan tempat kembalinya adalah tempat yang paling buruk, yaitu Neraka Jahanam"

Umhmm, kalau boleh faham, baik lah tu, tapi kalau nak bagi lagi faham kena baca sini..

8.56 am Jumaat, 1 Feb 13 - 20 R.Awal 1434 h

suaramuhajirin: Kisah Hari-hari Terakhir Seorang Remaja Perempuan ...

suaramuhajirin: Kisah Hari-hari Terakhir Seorang Remaja Perempuan ...: Petang ini dalam keadaan Pak Lang sedang menyiapkan satu paparan berkenaan kisah seorang remaja lelaki yang terjebak dengan najis dadah, Pa...

Saturday, 19 January 2013

Selamat Hari Lahir Buatmu Ya Rasulullah

http://www.owclondon.co.uk/wp-content/uploads/2013/01/Untukmu-Ya-Rasulullah.mp3

silalah menghayati perjuangan Rasulullah..dengarkanlah..wahai yang merindui..(Klik)

(Marilah kita berselawat ke atas baginda Rasul, sesungguhnya Allah dan malaikat pun berselawat kepada junjungan besar Nabi muhammad saw)

Allahummasoliwasallim 'ala Nuuril anwaar

Wa sirril asror
Wa tir ya qil aghyar
Wa mifta hibabil yasar
Sayyidina wa maulana
Muhammadinil mukhtar
Wa alihil athar
Wa ashaa bihil akhyaar
'Adada ni 'amillahi wa ifdhoolih..

Ya Allah sampaikanlah, salam rindu kepada
Cahaya sebagai sumber, segala cahaya
Rahsia segala rahsia, ubat seluruh penyakit
Anak kunci segala kejayaan
Dialah pemimpin yang kami rindu
Nabi Muhammad yang terpilih keluarganya yang suci
Serta para sahabat yang menjadi pilihan..
Sebanyak bilangan nikmatmu dan kemuliaanmu Ya Allah..
(Ulang dan ulang)
kisah ajaib dari selawat badawi ini

****Sajak dibawah pula , adalah khusus untuk mereka yang bercita-cita untuk memperjuangkan Islam ,yang ingin mencontohi perjuangan Rsaw, moga dihayati dan bermanfaat untuk renungan bersama ******

Bukan Semua Mampu Berjuang

Bukan semua orang boleh memperjuangkan kebenaran,
Tidak semua orang mampu memperjuangkan Islam,
Kerana di dunia ini tidak dijanjikan apa-apa
kecuali kesusahan dan penderitaan,
Lantaran itu kita lihat di dalam sepanjang sejarah,
Para pejuang kebenaran bukan calang-calang orang,
Orang yang yakin, siddiq, ikhlas, sabar,
Dan mempunyai ilmu yang memandu perjalanan hidup para pejuang,
Orang yang setia dan telah menjual dunianya
untuk Tuhannya sahaja yang tahan,
Orang yang memandang Akhirat itu besar,
dunia itu amat hina,
Yang mampu berjuang bukan macam berkelah dan piknik-piknik,
Berjuang adalah berkorban,
Berkorban, terkorban,
Berjuang memberi tenaga, ini amat meletihkan,
Berjuang berhadapan dengan ujian dan cabaran,
 memerlukan kesabaran,
Berjuang adakalanya terbuang,
tidak kurang juga ke penjara,
Kemuncaknya mati dibunuh orang,
Para pejuang bukan senang hendak setia dengan pemimpin,
Bukan mudah bersama pemimpin di waktu susah dan senang,
Jangan pula apabila kena ujian besar-besaran lari bertempiaran,
Apabila di waktu tenang, pemimpin diterima,
Orang datang pula kembali berjuang,
Apabila di waktu disanjung orang,
kita pun macam singa garang,
Apabila mendapat kesusahan lari pula tinggalkan pemimpin keseorangan,
Nanti apabila terasa kena tipu,
perjuangan diterima orang datang pula merayu-rayu ingin bersama,
Ini bukan pejuang sejati dan hakiki,
Pejuang yang ikhlas sanggup berjuang bersama pemimpin,
Di waktu susah dan senang,
Tidak mengapa waktu tertentu mengundur diri,
Mengatur strategi dan menunggu peluang,
Bukan lari kerana menentang,
Atau bekerjasama dengan musuh-musuh kebenaran.

Abuya
Lepas Zuhur
25 09 1999
Sent from my BlackBerry® smartphone
 ~ www.ainakasturi.blogspot.com ~

20 Jan 2013  8.13 am , Ahad bersamaan 8 RabiulAwal 1434 h.

Wednesday, 16 January 2013

BERKAT BULAN MAULID INI, MOGA KITA MENJADI ORANG YANG CERDIK DAN BUKAN ORANG YANG SUDAH DÏPERBODOHKAN SEKIAN LAMANYA!


Salam semua,

Berkat bulan maulid ini, rasa sangat nak kongsikan sekadar renungan bersama, Ia adalah perlu kerana ia ada kena mengena dengan nabi akhir zaman,  Nabi Yang perlu kita kenang jasanya yang Sangat besar dalam kebangkitan Islam yang pertama dahulu!  Ia iaitu junjungan besar kita Nabi Muhammad saw, yang Allah dan malaikat pun Berselawat ke atasnya....

SAYA sangat terkesan dan nak kongsikan dengan pembaca semua, 'fail sulit 4' di bawah...rupanya dlm Jemaah Kebenaran ada 'musang berbulu ayam'..kalau nak faham dan berminat..bacalah dr awal di blog 'anjangmuor' Namun mursyid sangat tahu..ada strateginya, ada perangkapnya...pun begitu, ada juga yang terperangkap dgn musuh..itu bagi yang kurang cerdiklah...begitu juga yang tak faham, strategi mursyid..

Kalau nak cerdik mesti berstrategi...moga-moga kita menjadi orang2 yang cerdik, yang tak mudah terpengaruh dgn muslihat yahudi dan musuh2 islam.

Yahudi berstrategi..kerana mereka cerdiklah...sampaikan kalau zaman ni ulamak kebanyakannya sekular ...yahudi merancang sangat lama, dah hampir seribu tahun...tanpa jemu dan putus asa kerana kuat dendamnya kepada baginda Rasul (lihatlah kehidupan umat islam kini, tak kait langsung dgn Allah dan Rasul, mulut shj sebut, ikut cara islam tetapi tidak pada amalan lagi eg. Kalau g sekolah ( hakikatnya kebanyakan sekolah pakai sistem yahudi), anak2 nak cepat ada yg sampai tak sempat solat subuh, ada yg letih belajar sampai tak solat ( sistem islam ke Yahudi macam ni??), kalau tgk bola adakah kerana Allah dah Rasul?..itu sekular lah..mana ada dlm ajaran Islam.. Umat islam disuruh suka bola, gila bola, bangga bola, itulah yg semangnya tersangat 'bidaah dan sesat', lebih2 lagi menghina 'darah keturunan R saw tanpa sedar', Rasul saw menangis melihat umatnya yg sudah rosak..tahu tak sejarah bola??..yahudi berjaya permainkan umat Islam, buatkan dan gahkan sampai mendunia, permainan bola sepak..itu asalnya 'selepas dipenggal kepala Sy Husain di Karbala, cucunda kesayangan R saw yg teramat mulia, Pemuda penghulu syurga, kepalanya disepak dibuat mainan....tahu tak? Dlm J kebenaran ini, main bola 'diharamkan' kerana tak mahu terpengaruh dgn unsur Yahudi, tak mahu menghina keturunan mulia, yang banyak jasanya untuk islam, ahli syurga!!...tapi ulamak sekular hari ini, ramai membesarkan bola, umat islam hari ini ramai 'gila bola' malah berbangga dgn pasukan2 bola kegemaran!!? ...mana kecintaan kepada R saw, ahlul bait,malah Rasulullah pinta kita cinta kepada ahlul bait...apakah kita ummat yang Mengaku umat Rasulullah saw tapi dari Sudut amalan, menyokong apa sahaja amalan melalaikan hasil dari tajaan Yahudi! Adakah kita sedar kita sudah lama diperbodoh-bodohkan oleh yahudi melalui sistem yang dirancang sekian lamanya!...

Berkat bulan maulid ini..marilah kita renung2kan apakah pengorbanan kita untuk islam, untuk Allah dan Rasul...begitu juga untuk renungan diriku sendiri tentulah masih terlalu sedikit berkorban untuk Islam, untuk Allah dan Rasul, berbanding utk keperluan diri dan keluarga sendiri...Rasulullah, menangis mengenangkan umatnya di akhir hayat baginda! Begitu mendalam sekali kecintaan baginda kepada umatnya, kita pula  bagaimana? adakah sudah lama terbuai dalam sistem yahudi yang melekakan, yang lebih membesarkan nafsu dan kepuasan duniawi..cinta itu perlukan pembuktian, bukan hanya Manis kata mainan bibir....untuk mengucapkan, siapa sahaja boleh lakukan, walau musuh sekalipun..mampu berkata-kata tentang Islam, konon amalannya sahaja yang betul disisi Tuhan, tapi Untuk berkorban untuk islam betapa sukar dan Menderitanya jiwa ( hanya mereka yang ada mursyid dan mengikut ajaran sebenar drpd R saw yang sanggup berkorban masa, tenaga, harta tanpa buat pelbagai alasan untuk menangkan nafsu sdr..ampun maaf, terpaksa cakap..walaupun perit dan pedih untuk menerimanya).

Musuh itu, sikapnya, ada yang sanggup berusaha menghalang orang drpd berkorban untuk Islam, tetapi mulutnya tetap mengatakan dialah yang mengamalkan cara hidup islam tetapi amalannya, hakikatnya bertentangan daripada apa yang diajarkan oleh Rasulullah saw....Allah memandang hati dan amalan hambanya, bukan manis kata dari lidah yang pandai bertutur tidak bertulang....

Moga kita tidak tertipu lagi, Ketahuilah dan fahamilah Bahawa Islam itu akan bangkit untuk kali ke 2 dibawah pimpinan R saw, Nabi Roh...tanpa jasad ( apa kita ingat Allah yang mempunyai kerajaan ghaib tak mampu melakukan??!!...cuba baca surah Al Baqarah, ayat 3), Nur Muhammad, Nabi akhir zaman bersama teamnya yang sudah dipersiapkan...

Moga Islam yang berstrategi, melalui hadis2 akhir zaman ini yang Allah sudah persiapkan dan janjikan ini, hanya berjaya menipu musuh2 dan mereka yang tak mahu berusaha untuk mencerdikkan diri mereka demi untuk membela Islam..

Janji Allah itu pasti, tetapi ia tetap rahsia Allah, bilakah masanya?

Moga bermanfaat..
17 jan 2013 10.00 am

***Fail Sulit-4*** ( Bagi yang berminat untuk faham, seeloknya baca dari fail sulit-1..'barangsiapa yang Allah inginkan kebaikan dalam urusan agamanya, nescaya Allah akan mudahkan dia faham' )

by anjangmuor

Salam ceria. Anjang harap korang baca dengan teliti coretan ni. Ia simple, bentuk cerita je. Tapi isunya berat. Iaitu perancangan bertahun-tahun musuh yang menyelinap dalam jemaah. Berlakon sebagai ahli. Tetapi merosakkan perpaduan dan kasih sayang. Atas kasih sayang Allah, janji Tuhan terhadap jemaah ini, Abuya dah diberitahu awal. Lalu disampaikan pada Syh Fakhrur. Bonda Wasilah pula disiapkan. Lengkap dengan pakej watak dan sikap beliau yang sangat tepat sebagai wasilah. Pilihan yang tiada silapnya. Sangat tegas agar tiada siapa berani mengubah haluan jemaah. Sebab dalam jemaah ada 'musang berbulu ayam'.Korang faham ke peribahasa ni? Kena la faham. Ni bahasa ibunda kita. Mentang-mentang dah duk kat Eropah, Australia, Mesir, Jordan, Haramain... Lupa BM. Kalau pi India, Pakistan tak tau, jadi apa pula. Sebab ramai je yang balik Pakistan autanya lebih dari Pakistani (Sori, tak ditujukan kepada sesiapa yang masih hidup mahupun yang akan mati)Ringkasnya, musang ni sejenis haiwan yang sinonim dengan perangai curi/tangkap ayam ternakan orang kampung. Cara tangkapnya licik. Guna tipu helah. Maka orang-orang dulu jadikan ia peribahasa. Liciknya musang ni menipu sampai dia boleh menyamar seolah-olah seperti ayam. Sebiji macam ayam. Malah, bulupun bulu ayam. Jenuhlah nak cam. Kalau dia dah masuk dalam reban ayam, seekor demi seekor ayam akan dimakannya.

Memanglah pemurah itu mahmudah, pemaaf itu terpuji, bertolak ansur itu mulia tapi bukan di sini. Di sini mahmudah yang tepat ialah tegas, berani, garang dan yang sewaktu dengannya. Apakah anak ayam dah digongong musang, kita pemurah... Sila... Sila.. Amik lagi. Ape ke bongse ni! (Pinjam Lahjah Bote)Ayam dara dah diratah musang, kita kata, maafkan je la...tak cerdiknyaa.Pastu minta wasilah ubah sikap. Sedangkan antara sebab wasilah dipilih oleh RSA kerana ketepatan wataknya. Pernah ke kita dengar ada sahabat-sahabat keluar atau bermufaraqah dari jemaah Rasulullah SAW semata-mata tak puas hati dengan sikap Syd Umar RA. Kami hanya akan ikut jemaah kalau Syd Umar ubah sikap. Asyik-asyik pedang, asyik-asyik pedang. Luruskan saf pun guna pedang. Salah cakap sikit je, Abu Hurairah RA kena penampor. Ubah la perangai. Demi Allah, tak pernah dengar. Tak ada sahabat yang sanggup cakap begitu.

 Memang Islam perlu orang seperti Syd Umar RA. Tapi kena atas dasar keyakinan. Yakin dia sahabat. Malah sahabat utama. Syaitan pun takut. Kalau hanya sebagai kawan biasa tak mampu. Kalau Bonda Wasilah dianggap hanya sebagai ibu tiri atau kakak ipar, tak akan mampu meletakkannya sesuai dengan kedudukannya. Kena atas dasar keyakinan. Allah, terpanjang pula di sini.Anjang nak sambung sikit tentang TZ. Bila Sy Nizam tak diberi ruang dan peluang berperanan secara rasmi di BCH, beliau memulakan kelas pengajian di rumahnya yang menjadi asas kepada KTS. Lihat TZ yang Rsaw kata tak rehat-rehat menjalankan tugasnya. Syh Zubir Abd Rahman, beritau anjang TZ ketika Sy Nizam mula buat KTF selalu komen tak puas hati. Langsung tak membina, bahkan meruntuhkan. Katanya, Sy Nizam buat KTF ni ikut cara lama, otak Al-Alqam, masa tu dia rancang nak tutup. Syh Zubir terkejut mendengarnya sebab bagi Syh Zubir, KTF itu dari air tangan Sy Nizam yang sangat ilmuan. Syh Zubir yang baru ikut Abuya pun tahu menghargai usaha berkat Sy Nizam. Tapi biasalah, TZ dihantar.

Ketika dia komen itulah sebenarnya dia sedang bertugas. Bila Syh Zubir berjumpa Sy Habib Yakin bertanyakan hal tersebut, banyaklah hujah-hujah yang menguatkan lagi tidak patutnya jika KTF ditutup. Masa tu kita baru buka Bukit Bintang, jadi ramailah anak-anak KTF dihantar ke sana untuk di kibrahkan, yang peliknya mereka yang minat belajar dan ada potensi untuk menjadi pelapis kepada pendidikan, itulah yang diambil. Ertinya ambil tanpa perbincangan.Yang kita dengar daripada Abuya, pendidikan kita terbaik di era Al Arqam tetapi TZ pula perlekeh KTF, otak lama. Cara Arqam. Bila KTF berkembang dan nampak tersusun. Ramai ibu bapa seluruh Malaysia berminat menghantar pelajar-pelajar belajar dan mengambil keberkatan Syh Nizam. Ketika itu, pernah TZ berkata kepada Us Zulkamal bahawa dialah yang pilihkan pelajar-pelajar untuk diberi kepada Sy Nizam masa dibuka KTF dulu.

Begitulah TZ.Sikap tak sukanya dengan anak-anak Abuya juga berlaku pada Syh Inaam.Ia berlaku di Sg Pencala. Ketika itu TZ memegang pucuk pimpinan dan Sy Nasrul pula timbalannya. dua kali dia bertemu Syh Inaam menegurnya. Kalau teguran tentang pengawalan pelajar, ia sangat dialu-alukan tetapi yang peliknya dia juga marahkan Syh Inaam yang membawa kitab ketika mengajar. Dia tak suka guru bawa kitab ketika megajar. Pelik TZ ni. Dia tak tau ke Abuya mengajar pun bawa kitab? Anjang ingat lagi, Abuya ketika menyampaikan kuliah Fardhu Ain Zon di Batu Hampar bawa kitab 'Mukasyafatul Qulub'. Abuya akan masuk ikut pintu sebelah kanan. Anjang sangat pasti, Abuya bawa kitab. Tapi TZ tak setuju, pelik tak? Tak pelik la. Dah memang kerja dia. Yang peliknya ada dikalangan kita yang terpedaya. Samada bodoh atau diperbodohkan.Terima kasihlah sapa yang masak laksam pagi ni. Sedap. Macam di Malaysia pulak.Bilik PR, Istana RSA.7.25am, Jan 16, 2013 .anjangmuor | January 16, 2013 at 6:43 am |

Thursday, 3 January 2013

MENGAPA ADA YANG MUFLIS DI AKHIRAT SANA?

Salam semua,

Mari kita kongsikan, perkara apakah yang akan sangat-sangat merugikan kita di akhirat nanti..Moga kita tidaklah menjadi orang-orang yang muflis..dan marilah kita kongsikan dengan pembaca yang lain, kalau orang lain cuba mengamalkannya, ia sudah menjadi ilmu yang bermanfaat, moga ini juga menjadi saham untuk bekalan  akhirat kita...walaupun ia kecil, harap Allah menilainya...

(Hadis dan huraian di bawah ini dipetik drp anjangmuor)

Lihatlah hadis kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: أتدرون من المفلس ؟ قالوا:المفلس فينا من لا درهم له ولا متاع , قال صلى الله عليه وسلم : إن المفلس من أمتي من يأتي يوم القيامة بصلاة وصيام وزكاة , ويأتي وقد شتم هذا ,وقذف هذا , وأكل مال هذا , وسفك دم هذا , وضرب هذا , فيعطي هذا من حسناته وهذا من حسناته فإن فنيت حسناته من قبل أن يقضي ما عليه أخذ من خطاياهم فطرحت عليه ثم طرح في النار ) .. (رواه مسلم).

Maksudnya : (Pada satu hari) Nabi saw bertanya kepada para sahabat : Tahukah kamu siapakah orang yang muflis ? Sahabat menjawab : Orang yang muflis di kalangan kami ialah orang yang tidak memiliki wang dan juga tidak mempunyai harta.

 Lalu Nabi saw bersabda : Sebenarnya orang yang muflis di kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari Qiamat dengan membawa pahala sembahyang, puasa dan zakat, tetapi semasa di dunia dia pernah memaki sifulan, menumpahkan darah sifulan dan pernah memukul sifulan. Maka akan diberikan kepada orang yang teraniaya itu daripada pahala kebaikan orang tadi dan begitulah seterusnya terhadap orang lain yang pernah dianiayainya sehingga apabila telah habis pahalanya sedangkan bebanan dosa penganiyaan belum lagi habis, maka akan diambil daripada kesalahan orang yang teraniaya itu lalu dibebankan kepada orang tersebut, sehinggalah ia dicampak ke dalam api neraka. (Hadis riwayat Muslim)

Itulah bahayanya beribadah tanpa rasa hamba, ia tidak membina peribadi kita. Kalaulah Allah datangkan ujian dalam kehidupan, untuk memberi rasa hamba di hati kita, berterima kasihlah pada Allah kerana terbukti, dalam ibadah yang sepatutnya kita bawa rasa hamba, kita tidak berjaya membinanya. Maka mudah-mudahan dengan ujian kehidupan di dalam perjuangan, rasa itu boleh dipupuk.

 Ada seorang bertanya anjang,Salam. maaf bebyk nak tanya apa syeikh buat bila syeikh diuji dgn ujian yg kita x buat salah,tp org semua x faham dan tuduh kita salah. hingga isteri/suami kita pun x percaya kita..ape yg syeikh akan buat pada masa tu..tlg bg panduan pd ana bleh ana kongsi2kan dgn kwn..mzb. maaf kalau menganggu.

Anjang jawab begini, (moga ada kebenarannya)

1. Sapa lebih mulia, kita ke Siti Aishah RA? Confirm dia lebih mulia, itupun dia pernah kena tuduh sesuatu yg dia tak buat. Kena fitnah yang memalukan. Jadi kalau kita kena, bisikkan di hati, "Kalau Siti Aisyah RA, anak Syd Abu Bakar RA, isteri Rasulullah SAW, Ummul Mukminin yang sangat mulia pun difitnah, aku lebih-lebih layak dihina, dituduh, difitnah.

 2. Jika Kena tuduh macam tu, kalau pandai menerima, rasa hamba meningkat. Sedangkan amat payah nak dapatkan dan kekalkan rasa kehambaan di hati. Dalam sembahyang, puasa dan beribadat pun, ramai yang gagal membawa rasa hamba. Rasa kehambaan, Allah suka. Rasa hamba membawa ke syurga. Tak nak ke susuatu yg mendekatkan kita ke syurga?

 3. Orang yang bersalah, dia rasa bersalah itu biasa. Orang yang tak bersalah, dia rasa bersalah, itu luar biasa. Kita nak jadi orang yang luar biasa. Para Ikhwan dan Asoib itu luar biasa orangnya.

4. Di era sekarang, kita sedang cuba me'roh'kan semua aktiviti perjuangan. Oleh itu, elok pandang pada hakikat, lahirnya org tuduh/sangka kita. Hakikatnya Allah yang izinkan ia berlaku, tak kan Allah tersilap. Mursyid yang proses muridnya, tak mungkin Mursyid tersilap, mesti ada dosa-dosa kita di tempat-tempat lain, di waktu lain yang Allah hukum di sini. Seperti dosa tak khusyu' solat umpamanya.

5. Antara hikmah paling besar ialah, kalau dah semua orang pandang kita bersalah, mengadulah pada Allah, pada RSA. Jadi ia peluang untuk kita dekatkan diri dengan mereka. Semoga ia membantu kita semua dalam berperasaan, berfikir dan bertindak.

Sent from my BlackBerry® smartphone
 ~ www.ainakasturi.blogspot.com ~

" sampaikanlah dariku biarpun hanya sebaris ayat "