Salam hormat,
Daripada Bab 20 di bawah (hasil perkongsian emel group dewan budiman), saya teringat sebuah kuliah yang baru saya dengar drp seorng sheikh dari Shah Alam baru-baru ni, antara sebahagian isi kuliah tu.. rupa rupanya semua kita ni ada sifat ego, sama ada sikit atau banyak pasti ada..Tetapi apa yang sangat ditakuti, kalau kita mati dengan membawa sifat ego walaupun sebesar debu tetaplah ahli neraka..jika tidak ditaubatkan, itu pesanan drpd Rasulullah saw. Siapa yang tak takut masuk neraka??!!
Bahayanya sifat 'ego'...semua kita ada sifat itu...Jadi bagaimana mengatasinya, tidak dapat tidak mesti cari jalan berkat darp orng2 yang sudah terpimpin diri mereka, dan mesti cari guru yg boleh pimpin hati atau roh, dalam surah Al-Fatehah kita sering baca "ihdinassirotolmustaqim"..Sebenarnya kita minta diri kita dipimpin ke jalan yang lurus, terpesong sikit saja boleh masuk neraka, sebab tu kita sering meminta-minta, maka bila Allah datangkan pemimpin untuk menyelamatkan kita, tapi ramai yang tidak boleh menerima, jadi sebenarnya siapakah yang mensia-siakan penyelamat atau pemimpin yang Allah datangkan untuk menunjukkan "jalan yang lurus itu", iaitu jalan yang selamat drp Yahudi, Nasroni dan daripada menjadi orng yang engkar dan sombong??
Jadi..kalau kita rasa diri kita sudah terpimpin, mesti ada gurunya, mesti ada mursyidnya!! Kalau tiada, kita mesti dapat kesan adakah diri kita sudah terpimpin...Allah itu tidak menzalimi hamba hambanya, didatangkan para mujaddid (ia melahirkan sistem islam secara global dlm seluruh aspek kehidupan, bukan satu bidang shj) setiap awal kurun iaitu setelah kewafatan Nabi Muhammad saw, para mujaddid ini mendapat kepimpinan terus darpd Nur Muhammad, maksudnya, para mujaddid ini tidak terputus drpd mendapat panduan drp R saw, bukankah R saw itu sohibulAzman iaitu pemilik bagi semua zaman, walaupun baginda telah wafat, tetapi roh baginda tetaplah berperanan aktif, kalau tak masakan kita perlu berselawat dan baginda akan dan mampu membalas 10 kali setiap selawat kita untuk semua umat baginda serentak!!!...itulah pemimpin Roh..ajaib dan hebat sekali kemampuannya dan lebih hebat lagi kemampuannya yang tidak terjangkau oleh akal kita...!!
Rezeki dan anugerah Allah kepada manusia itu tidak sama, barangsiapa yang mendapat ilmu hikmah, cara dan sikap orang, sekilas pandang pun dia dpt mengesan apa niat orang itu sama ada baik atau buruk, itu ilmu yang Allah kurniakan...janganlah pula ada yang menafikan!!
Sebab itu kita selalu mendengar pesanan drpd para ustaz kita yg bersumberkan alQuran/Hadis.. "takutilah firasat orang2 mukmin kerana mereka melihat dengan pandangan Allah", itulah istimewanya islam yang hak, tapi ilmu yang hak sebegini sudah banyak diselewangkan oleh yahudi, saya ada terbaca satu laman web yg mengatakan merekalah ahli sunnah, padahal segala ilmu dan hujjah adalah wahabi, jadi kalau merujuk kepada internet semata, itu merbahaya!
Kita perlu berguru kerana kita tidak tahu sumber asalnya, mana ada musuh yang akan mengaku dia musuh, mesti akan disebut dari sumber ajaran islam yg sebenar.
Sekian, Sekadar perkongsian ringkas untuk renungan bersama. Ampun maaf.
Wassalam
___________________########____________________
BAB 20 - PEMIMPIN YANG DIBANTU ALLAH TIDAK DIDUGA BANGUNNYA
Dl SINI saya ingin mengajak saudara merenung sejarah, tentang kedatangan bebenapa orang pemimpin di kalangan masyarakat Islam yang kemunculan mereka itu tidak diduga oleh manusia pada zaman mereka. Kenaikan mereka itu mengikut kaedah luar biasa, iaitu tidak menepati syarat-syarat yang ada pada pemimpin biasa. Kemunculan mereka telah menjadi satu kontroversi yang sengit pada zaman mereka. Sebahagian masyarakat mempertikaikan kepimpinan mereka, bahkan menentang. Mereka dianggap tidak layak bahkan tidak munasabah untuk jadi pemimpin. Mereka tidak semestinya dari kalangan istana, pembesar, bangsawan, orang kaya, lulusan tinggi dan bukan orang yang disangka untuk jadi pemimpin.
Mereka hanya rakyat biasa yang dinaikkan sendiri oleh Allah SWT. Firman Allah: Terjemahnya: Maka mereka berkata, "Bagaimana kita akan mengikut saja seorang manusia (biasa) diantara kita? Sesungguhnya kalau begitu kita benar-benar berada dalam kesesatan dan gila, "(Al Qamar: 24)
Firman-Nya lagi: Terjemahnya: Dan mereka berkata, "Mengapa Al Qur'an ini tidak diturunkan hepada seorang besar dari salah satu daripada dua negeri (Mekah dan Thaif) ini? "(Az-Zukhruf 31 )
Ayat ini memperlihatkan bagaimana orang-orang kafir Quraisy mempersoalkan kerasulan Nabi Muhammad SAW. Bagi mereka, Rasulullah bukan orang besar, cuma si miskin, yatim piatu yang tidak tahu membaca serta menulis. Sebab itu tidak selayaknya baginda menjadi ketua mereka, yakni nabi atau rasul. Dan kerana itu mereka menentangnya.
Tetapi apa kata Allah?Firman Allah:Terjemahnya: Apakah mereka yang membagi-bagi rahmat Tuhanmu? Kami telah menentukan antara mereka penghidupan mereka dalam hehidupan dunia dan Kami telah meninggikan sebahagian mereka atau sebahagian yang lain beberapa darjat agar mereka dapat menggunakan sebahagian yang lain. Dan rahmat Tuhanmu lebih baik daripada apa yang mereka kumpulkan. (At Zukhruf 32)
Dengan tegas Allah mengingatkan bahawa kuasa untuk memberi rahmat kepada manusia adalah hak mutlak-Nya. Allah boleh memberinya kepada siapa saja yang dikehendaki daripada hamba-hamba-Nya. Di sisi Allah tiada bezanya seseorang yang berjawatan besar dengan rakyat biasa. Tidak beza juga orang kaya dengan orang miskin. Mereka sama-sama bertaraf hamba. Allah bebas untuk melantik siapa saja jadi pemimpin. Bebas juga untuk menjadikan seseorang itu kaya atau miskin, pandai atau jahil, gagah atau lemah. Seseorang itu mungkin boleh berjawatan tinggi kerana Allah mahu jadikan dia begitu tanpa melalui kaedah yang ditetapkan oleh manusia. Sekiranya Allah mahu jadikan dia berjawatan kecil, mudah saja bagi Allah. Dan orang itu tidak boleh berbuat apa-apa. Demikian juga si kaya, kayanya dengan izin Allah. orang yang kuat, kekuatannya adalah pemberian Allah. jadi, tidak bolehlah kita menganggap itu kepunyaan dan hasil kuasa kita, hingga memandang orang lain hina, rendah dan tidak layak menerima rahmat dan kurniaan istimewa dari Allah.
Allah berfirman lagi:Terjemahnya: Hikmah itu diberi kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Barang siapa yang diberi hikmah, sesungguhnya dia diberi kebaikan yang banyak. (Al Baqarah. 269)Saya ingin menununkan beberapa contoh yang terjadi dalam sejarah tentang kelahiran beberapa orang pemimpin dunia yang beriman, yang mereka itu tidak diduga oleh manusia pada zaman masing-masmg kenana dipilih dan dibantu sendiri oleh Allah SWT.
Selain daripada nabi-nabi dan rasul-rasul yang memang sudah dimaklumi dilantik oleh Allah SWT, manusia biasa yang juga dibantu kepimpinan mereka oleh Allah ialah Thalut, Muhammad Al Fateh, Salehuddin Al Ayubi dan Hassan Al Banna. Mereka telah menempa sejarah gemilang untuk islam. Perjuangan mereka telah meninggikan Islam dan umat Islam. Mereka mendapat bantuan Allah dalam menghadapi tantangan dan kesusahan yang didatangkan oleh musuh. Saya akan nyatakan secara ringkas tentang kepimpinan mereka, insyaAllah.
1. Thalut
Kisah Thalut sebagai pemimpin Bani Israil sungguh di luar dugaan pembesar-pembesar Bani Israil. Walaupun pada mulanya merekalah (pembesar) yang meminta seorang pemimpin untuk menentang kekejaman bangsa Rom di bawah pimpinan Jalut, tapl apabila Allah datangkan pemimpin itu mereka menentangnya. Hal ini ada disebut dalam Al Quran:Terjemahnya: Nabi mereka menyatakan kepada mereka, "Sesunggahnya Allah telah mengangkat Thalut sebagai rajamu. " Mereka menjawab "Bagaimana Thalut memerintah kami, padahal kami lebih berhak mengendalikan pemerintahan daripadanya? Sedangkan dia pun tidak diberi kekayaan yang cukup banyak?" Nabi mereka berkata, "Sesungguhnya Allah telah memilihnya menjadi rajamu dan menganugerahinya ilmu yang luas dan tubuh yang perkasa. " Allah memberikan pemerintahan kepada siapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas Pemberiannya lagi Maha Mengetahui. (Al Baqarah: 247)
Begitulah kontroversi yang terjadi dalam masyarakat Bani Israil di bumi Palestin, sewaktu Thalut menjadi pemimpin. Oleh karena Thalut seorang rakyat biasa, bekerja sebagai petani, bukan dari golongan atasan, bangsawan, hartawan dan cendekiawan, maka terujilah golongan atasan itu dalam menerima kepemimpinan Thalut. Mereka merasa terhina untuk menjadi pengikut Thalut, kerana mereka rasa mereka lebih mulia dan lebih layak. Mereka telah menentang Thalut walaupun waktu itu mereka benar-benar memerlukan seorang pemimpin. Mereka tidak mahu jadi pengikut dan tidak mahu taat.
Namun kerana Thalut dilantik sendiri oleh Allah dan dibantu-Nya, maka walau sehebat manapun tentangan yang diterima daripada musuh-musuhnya luar dan dalam, maka akhirnya dia berhasil juga. Jalut akhirnya dapat dikalahkan.
2. Muhammad Al Fateh
Rasulullah SAW semasa hayat baginda telah memberitahu bahwa Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam di bawah pemimpin yang baik dan tenteranya yang baik. Para sahabat masing-masing berharap pada zaman merekalah perkara itu terjadi. Tidak seorang pun yang dapat menduga bahwa Muhammad Al Fateh yang dapat mengislamkan Rum (Konstantinopel). Tapi demikianlah kehendak Allah. Siapakah Muhammad Al Fateh? Beliau adalah anak raja Turki yang bernama Murad 1. Sedari kecil dididik di rumahnya oleh Shamsuddin Al Wali, seorang ulama sufi dan waliyullah yang sangat masyhur di Turki. Ketika berumur 20 tahun Muhammad sudah menjadi sufi.
Saya sewaktu ke Turki sempat ziarah ke makam Sultan Muhammad Al Fateh dan makam gurunya Shamsuddin Al Wali. Tidak seorang pun yang dapat menduga seorang anak raja menjadi orang sufi dan kemudian dapat menawan serta mengislamkan Konstantinopel dalam umur 23 tahun. Konstantinopel jatuh setelah 600 tahun Rasulullah SAW bersabda mengenainya. Padahal sebelum ini sejak zaman sahabat lagi pemimpin-pemimpin Islam telah mencuba dari generasi ke generasi untuk menawan Konstantinopel. Di antara sahabat yang mencuba ialah Abu Ayub Al Ansari r.a. (baru-baru ini juga sempat saya berkunjung ke makamnya di Istanbul, Turki yang menjadi tempat kunjungan orang ramai). Padahal Turki waktu itu mempunyai banyak ulama besar.
Semenjak tahu Rasulullah berkata bahwa Rom (Konstantinopel) akan jatuh ke tangan Islam, Muhammad mengkaji mengapa kejatuhan itu bukan di tangan sahabat. Kekuatan iman sahabat tentu jauh lebih mantap daripada orang-orang kerajaan Islam Turki waktu itu. Beliau cuma melihat beberapa kelemahan teknikal yang dibuat oleh sahabat. Maka kesilapan itu mahu dibaikinya dan beliau mencuba dengan harapan berlakulah kata-kata Rasulullah itu. Dengan bantuan Allah, tentera Al Fateh (gelaran yang diberikan kepada Muhammad) yang kecil itu telah berjaya mengalahkan Rom dan akhirnya meng-lslamkannya.
Hal ini sungguh memeranjatkan dunia termasuklah ulama sezaman yang merasakan mereka leblh berilmu daripada Muhammad Al Fateh. Anak raja ini bukanlah ulama ulung. Ilmunya sederhana cuma dia terdidik, dan bantuan Allah bukanlah semestinya kepada seseorang yang ulung ilmunya. Allah lebih tahu kepada siapa bantuan kemenangan itu hendak diberikan. Konstantinopel itulah yang ditukar namanya kepada Istanbul sekarang ini.
3. Salehuddin Al Ayubi
Beliau muncul sewaktu Palestin berada di tangan Kristian dan pada waktu Universiti Al Azhar dikuasai oleh golongan Syiah. Beliau bukanlah ulama atau pengarang kitab yang terkenal di Mesir waktu itu. Beliau cuma seorang soleh yang terpelihara agamanya sedari kecil. Dan bangsanya bukanlah bangsa yang terkenal di dunia waktu itu, dibandingkan dengan bangsa Arab. Bangsa Kurdi adalah satu bangsa yang agak asing di Mesir. Maka bangunnya Salehuddin Al Ayubi menjadi pemimpin ummah dan ketua tentera Islam pada zamannya itu adalah sesuatu yang kontroversi. Tiada siapa menduga. Tetapi memang begitulah kehendak Allah. Sejarah memberitahu kita bahwa beliau dan pengikutnyalah yang telah merampas Palestin dari Kristian dan juga mencorakkan kembali Universiti Al Azhar dengan aqidah Ahli Sunmah Wal jamaah. Beliau menggalakkan ajaran tasawaf dan tareqat. Sejak itu pertumbuhan tareqat di Mesir subur. Hingga kini di Mesir terdapat lebih 60 buah tareqat.
4. Imam Hassan Al Banna
la seorang lagi rakyat Mesir yang menjadi pemimpin Islam yang ulung, padahal kemunculannya sebagai pemimpin tidak disangka-sangka oleh siapapun. Hassan Al Banna hanya seorang guru agama yang mengajar di sekolah rendah. Ijazahnya tidak diakui oleh sekolah menengah apalagi universiti. Waktu kebangkitannya, di Mesir terdapat banyak ulama besar lulusan Univertsitas Al Azhar. Selayaknya ulama-ulama inilah yang bangun untuk menyadarkan serta mendidik masyarakat Mesir, tapi Allah tidak berbuat begitu. Sebab itu ada ulama yang menentangnya kerana ia tidak ada authority. Hassan Al Banna yang dikehendaki untuk memimpin umat Islam Mesir kembali kepada Allah dan Rasul, walaupun kenaikannya begitu kontroversi. Dia berjaya dalam tugasnya dengan bantuan Allah. Syiar Islam tegak di Mesir dalam pimpinannya bahkan pengaruhnya terasa ke seluruh dunia. Cuma beliau tidak sempat untuk menguasai negara Mesir. Walau bagaimanapun pengaruhnya masih bertapak di mana-mana di seluruh dunia.
Itu sajalah nama-nama yang dapat saya beberkan sebagai contoh bahwa boleh terjadi, seorang yang tidak diduga oleh manusia untuk menjadi pemimpin utama, tapi muncul sebagai pemimpin seperti itu dengan izin Allah. Hal ini perlu menjadi perhatian umat Islam supaya mereka tidak membantah dalam menerima takdir Allah. Sebab ada masanya Allah melakukan sesuatu yang di luar dugaan manusia. Waktu itu siapa yang lalai daripada melihat kekuasaan Allah serta tidak faham kisah-kisah sejarah akan membuat kesilapan dalam menilai dan menerima ujian Allah itu. Dan mereka yang tidak sedar hakikat ini, walaupun mereka ulama, akan hanyut di dalam suasana kebangkitan Islam yang dipimpin oleh orang yang dikehendaki oleh Allah SWT.
Orang yang lupa hakikat sejarah ini akan terlalu memikirkan kepandaian diri sendiri hingga dia jadi sombong dan angkuh serta menentang kehendak-kehendak dari takdir itu. Akhirnya dia akan jadi orang yang sesak dada dan sakit jiwa serta akhirnya gigit jari dengan kebangkitan itu terutama dengan pemimpin yang menjadi penggerak kebangkitan Islam itu. Hal ini dapat kita lihat dengan jelas dalam sejarah kebangkitan nabi dan rasul yang banyak diceritakan dalam Al Quran. Nabi Musa misalnya, adalah anak peliharaan Firaun, tapi Allah angkat baginda sebagai salah seorang nabi bertaraf ulul azmi. Demikianlah yang Allah lakukan. banyak yang kafir kerana tidak yakin dengan takdir Allah itu dan akhirnya tenggelam di dalam Laut Merah.
Demikian juga dengan Nabi Muhammad SAW sebagai nabi akhir zaman. Tidak siapapun menduga akan hal ini kerana baginda seorang anak yatim piatu, miskin dan terbiar, tidak tahu membaca dan menulis. Hal ini sangat menguji orang besar, orang kaya, orang bijak pandai serta ulama-ulama ahli kitab dan orang terkenal pada zamannya. Sebab itu mereka mengingkari dan menentang Rasulullah. Mereka sombong dengan Allah. Mereka rasa mereka lebih berhak dan lebih layak. Sebab itu mereka jadi musuh Allah dan Rasul.
Demikianlah juga dengan iblis laknatullah. Asalnya beliau adalah ketua malaikat di Syurga, tapi teruji dengan penciptaan Nabi Adam a.s. Dia enggan sujud kepada Nabi Adam sekalipun diperintahkan oleh Allah SWT kerana katanya dia lebih mulia. Dia lupa bahawa kemuliaan itu adalah pinjaman Allah dan dia sendiri hanyalah hamba Allah seperti juga Nabi Adam. Kerana kesombongan itu maka akhirnya Allah jatuhkan kedudukan iblis menjadi sehina-hina makhluk. Begitulah akibat tidak sedar diri. Kita mestilah mengakui bahwa Allah boleh memilih siapa saja dari hamba-Nya untuk dijadikan pemimpin ummah sekalipun Yang dipilih itu orang yang tidak diduga oleh manusia...
SELAMAT DATANG KE ARENA WANGIAN IDAMAN ALAF INI...... SUMBER INSPIRASI SPIRITUAL..... EKSKLUSIF UNTUK SEMUA..... DI MANA-MANA DAN BILA-BILA... "Bacalah dengan Nama Tuhanmu Yang Maha Pemurah...yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya" : Al-'Alaq (3-5)
Translate
Thursday, 13 December 2012
Wednesday, 12 December 2012
DALIL KEMUNCULAN SISTEM PENYELAMAT DI AKHIR ZAMAN
HUJAH KEMUNCULAN SISTEM KHILAFAH(PENYELAMAT) DI AKHIR ZAMAN
Dan Allah telah menjanjikan kepada orang2 beriman di antara kamu dan yg mengerjakan amal soleh, bahawa mereka sesungguhnya akan dijadikan khalifah yg berkuasa di muka bumi inisebagaimana telah dijadikan khalifah orang2 sebelum mereka, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yg telah diredhaiNya untuk mereka, dan dia benar2 akan menukar [keadaan] mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentiasa’
An Nur: 55
2. Dalil Al Hadis
Dari Nukman bin Basyir, katanya…
‘Suatu ketika kami sedang duduk2 di Masjid Nabawi dan Basyir itu seorang yg tidak banyak bercakap.
Datanglah Abu Saklabah lalu berkata” Wahai Basyir bin Saad, adakah kamu hafaz hadis Rasulullah tentang para pemerintah?’
Huzaifah RA lalu segera menjawab.” Aku hafaz akan khutbah Rasulullah SAW itu.”
Maka duduklah Abu Saklabah Al Khusyna untuk mendengar hadis berkenaan.
Maka kata Huzaifah RA, Rasulullah SAW telah bersabda.
“Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah Zaman Kenabian sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu sepertiyg Dia kehendaki.”
Kemudian belakulah zamanKekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan sepertimana Zaman Kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya.
Lalu berlakulah zaman pemerintahan yang mengigit (Zaman Fitnah -keamiran/beraja /zaman kesultanan ) Berlakulah zaman itu seperti yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya pula.
Kemudian berlakulah zaman penindasan dan zaman penzaliman(Zaman pemerintahandiktator dan demokrasi) dan berlakulah zaman itu seperti mana yang Allah kehendaki.
Kemudian berlakulah pula zaman kekhalifahan (Imam Mahdi dan Nabi Isa as ) yang berjalan di atas cara hidup Zaman Kenabian.”
Kemudian Rasulullah SAW pun diam….
~Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal di dalamkitabnya Musnad Al Imam Ahmad bin Hanbal, Juzuk 4, halaman 273.Juga terdapat dalam kitab As-Silsilatus Sahihah, Jilid 1,hadis nombor 5.]
———
Dari blog matahati,
Moga bermanfaat, wassalam.
Monday, 3 December 2012
JEMPUTAN KE MAJLIS MAKAN AMAL BERSAMA BAITUL BAROKAH WAL MAHABBAH & RUMAH KESAYANGAN BUSTANUL CAHAYA KASIH
JEMPUTAN KE MAJLIS MAKAN AMAL BERSAMA BAITUL BAROKAH WAL
MAHABBAH & RUMAH KESAYANGAN BUSTANUL CAHAYA KASIH
DATO, DATIN, TUAN PUAN, SAUDARA SAUDARI SEKELIAN,
REZEKI KITA DI DUNIA JIKA DIBELANJAKAN UNTUK INSAN-INSAN YANG MEMERLUKAN, NESCAYA DI AKHIRAT NANTI IA AKAN MENJADI SAHAM YANG DAPAT MEMBANTU KITA DALAM DETIK PENUH KECEMASAN YANG MANA KITA MENGHARAPKAN MANAKAH AMAL KITA YANG BOLEH MENOLONG.....
MAKA SUARA SUARA INSAN YANG PERNAH DIBANTU MENJADI SAKSI...MAKA DENGAN HARAPAN ITU KITA MENGHARAP ALLAH AKAN BERBELAS EHSAN KEPADA KITA...DAN MOGA TERLEPAS KITA DARIPADA AZAB NERAKA YANG PEDIH....
DI DUNIA INI REZEKI MASIH BOLEH DICARI.....TAPI DI AKHIRAT SANA KITA BELUM PASTI SAMA ADA AMAL BAIK KITA ADAKAH MELEBIHI DARIPADA DOSA DOSA YANG SERING KITA LAKUKAN DENGAN LALAI??....SETIAP KEBAIKAN DAN KEJAHATAN WALAU SEBESAR ZARAH AKAN DIADILI DENGAN SEADIL ADILNYA DIMAHKAMAH AGUNG.....
______________________________________________
SURAT JEMPUTAN KE MAJLIS MAKAN AMAL
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Kepada:
Yang Berbahagia Dato’/Datin/Tuan/Puan
JEMPUTAN
KE MAJLIS MAKAN AMAL BERSAMA BAITUL BAROKAH WAL MAHABBAH & RUMAH KESAYANGAN
BUSTANUL CAHAYA KASIH
Merujuk perkara di
atas adalah kami bagi pihak penjaga Rumah Amal Baitul Barokah Wal Muhabbah
(BBWM) & Rumah Kesayangan Bustanul
Cahaya Kasih (RKBCK) yang merupakan Dua Buah Pusat Jagaan yang menaungi 120
orang penghuni terdiri dari anak-anak
yatim, fakir miskin, asnaf zakat dan
golongan yang layak menerima bantuan ingin mengadakan program Jualan Meja di
Dewan Warisan, Kelab Warga Emas
Seksyen 24, Shah Alam bagi mengutip dana
Rumah2 Amal kami.
2. Program Makan
Amal ini dibuat adalah bagi tujuan berikut:
Bagi mengumpul dana membaik pulih bangunan asrama pelajar, kelas-kelas,
kediaman staf dan lain-lain prasarana untuk Rumah Amal ini dijadikan pusat
pendidikan dan pelajaran yang berwibawa.
kediaman staf dan lain-lain prasarana untuk Rumah Amal ini dijadikan pusat
pendidikan dan pelajaran yang berwibawa.
Untuk melengkapkan prasarana dan keperluan
pusat pendidikan seperti: meja kerusi,
kantin, perpustakaan dll bernilai RM70 ribu.
kantin, perpustakaan dll bernilai RM70 ribu.
Untuk renovation bangunan tersebut yang
terdiri daripada memasang tiles, membuat
partition, cat, wiring dll. Harga anggaran adalah RM80 ribu.
partition, cat, wiring dll. Harga anggaran adalah RM80 ribu.
3. Dengan sukacitanya kami menjemput Dato'/Datin/Tuan/
Puan ke majlis Makan Amal Bersama Rumah Kesayangan BCK & BBWM pada:
Tarikh : Isnin,
10hb Disember 2012.
Masa : 8.00 hingga
10.00 malam.
Tempat : Dewan Warisan Kelab Warga emas, No 2, Jalan
Pudina 24/39A Seksyen 24, Shah Alam, Selangor.
Harga Meja : RM 1000, RM 1500.00, RM3000.00 dan RM
5,000.00 per meja (10 orang)
Harga Kerusi : RM 50, RM 100, RM 150, RM300 dan RM 500
per individu (1 orang)
4. Sebarang maklumat sila hubungi:
Dr Norliah Mohd Noor
01112990998
Pn Zaiton Omar
019 4346134
Pn Ayu Ayob
012 5711199
|
Pn Siti Susila Hassan
018 2870765
Pn Noor Aishah Ramli
013 6397010
|
5. Semoga usaha-usaha Dato'/Datin/Tuan/ Puan ini sentiasa
mendapat keredhaan Tuhan di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat. Kami dahului segala bentuk bantuan dan
sumbangan dengan ucapan jutaan terima kasih.
Sekian.
Yang diAmanahkan,
_______________________
Dr Norliah Mohd Noor
Penyelaras Program
Web site:
www.BaitulBarokah.org
www.RumahAmalShahAlam.com
Fax: 03-67331499
Aturcara Majlis:
7.45 mlm : Ketibaan Para Tetamu
8.15mlm : Bacaan Doa Pembuka Majlis.
Kata-Kata Aluan dari Penganjur Majlis
8.30 mlm : Perasmian Majlis Makan Amal
8.45 mlm
: Persembahan pentomen, sketsa, nasyid dan silat dari Anak-Anak Rumah
Amal.
Amal.
9.30 mlm : Penyampaian cenderahati untuk
tetamu kehormat dan penaja program.
10.00 mlm : Bersurai
____________________________________________________________________
LAMPIRAN JAWAPAN
Saya/ Syarikat/ Pertubuhan:
______________________________________ akan / tidak akan menghadiri Majlis
Makan Amal Bersama Rumah Kesayangan BCK
& BBWM
Dengan ini, saya ingin: (sila bulatkan nombor yang
berkenaan)
1. Membeli Meja bernilai RM1,000/ RM1,500 /
RM3,000/ RM5,000 sebanyak ___ Meja.
2. Membeli Kerusi bernilai RM50 /RM100/ RM150
/RM300 / RM500 sebanyak ___
Kerusi.
Kerusi.
3. Sumbangan bernilai RM _____________ Tunai / Cek
No Cek ____________ (cek atas nama Bustanul Cahaya Kasih atau Baitul Barokah
Wal Mahabbah). ( ) :
4. Tajaan: (tandakan √ )
a. Tajaan Katering ( ) : ___________________________
b. Tajaan Cenderahati (
) :
___________________________
c. Tajaan Sewa Dewan (
) : ___________________________
d. Tajaan Pentas ( dekorasi ) (
) : ______________________________
e. Tajaan Sewa PA System (
) : ________________________________
f. Tajaan Pakaian Persembahan (
) : ______________________________
g. Tajaan Meja
Untuk Anak-Anak Rumah Kesayangan BCK & BBWM ( ) :
________________________________
________________________________
5. Membeli ruang iklan dalam buku cenderahati: (sila gariskan yang berkenaan)
RM 5000 - (1 Muka Surat Belakang berwarna Hard cover),
RM 2000 - (1 Muka Surat Belakang Hitam Putih),
RM 1000 - (1 Muka Surat Hitam Putih),
RM 500 - (1/2 Muka Surat Hitam Putih), RM 250 - (1/4 Muka Surat Hitam Putih)
Semoga usaha-usaha Tuan/ Puan ini sentiasa mendapat
keredhaan Tuhan di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat. Kami dahului segala bentuk bantuan dan
sumbangan dengan ucapan jutaan terima kasih.
Sekian.
______________________________
( Tandatangan / Cop syarikat )
*Setiap sumbangan melebihi RM1,000 akan mendapat
pelepasan cukai di bawah seksyen 44(6) akta cukai pendapatan 1976 rujuk: JHDN 01/35/4204 Warta Kerajaan 45466(6-7-95)
*Resit adalah atas permintaan*
Saturday, 24 November 2012
RENCANA TUHAN ITU LEBIH INDAH DARIPADA APA YANG KITA IMPIKAN
Thursday, 22 November 2012
DOA ITU SENJATA MUKMIN, IA SEDANG SANGAT BERPERANAN...
Suara Haramain: Tok Hashim, Celikkanlah Mata Dan Hatimu!: Telah lama Abuya ajarkan kita, mengajak kita beramal dengan doa jihad, satu doa yang sangat kuat kesannya. Abuya kata, baca doa ini wa...
Wednesday, 21 November 2012
Suara Haramain: Bantuan Tentera Alam Ghaib
Suara Haramain: Bantuan Tentera Alam Ghaib: Firman Allah; إِذْ تَقُولُ لِلْمُؤْمِنِينَ أَلَن يَكْفِيَكُمْ أَن يُمِدَّكُمْ رَبُّكُم بِثَلَاثَةِ آلَافٍ مِّنَ الْمَلَائِكَةِ مُنزَلِ...
Monday, 12 November 2012
DENGARLAH RINTIHANKU
LIHATLAH KUASA ALLAH, DULU TSUNAMI! KINI TAUFAN SANDY! TAHUKAH KITA BAHAWA TENTERA2 ALLAH ITU BERTINDAK UNTUK MENGINSAFKAN...BUKAN IA SESUATU KEBETULAN...!!
YANG DIRIKU PERASAN SANGAT SETIAP KALI! ISU SESAT TERHADAP JEMAAH KEBENARAN DILAKUKAN! MAKA IA DISUSULI SEGERA OLEH BANJIR DAN PELBAGAI BENCANA SEPERTI KEBAKARAN! KEMALANGAN DAN IA MELIBATKAN MENJADI ISU NEGARA! TAPI SAYANG TAK RAMAI MAHU AMBIL IKTIBAR DAN BERTAUBAT....
Oh TUHAN AMPUNKANLAH DOSA- DOSA HAMBAMU YANG LEMAH DAN BERSALAH INI.

Sunday, 4 November 2012
TAUFAN SANDY TAUFAN YANG MENGHINAKAN! TAUFAN JAIS! MENAIKKAN IMEJ ORANG YANG PERJUANGKAN ISLAM
Bismillahirrahmaanirrahim,
Mari kita fahami ulasan orng2 yg diberi rasa hati yg hidupnya berjuang untuk Islam, memng tiap orng ada ulasan dan pendapat yg tersendiri, walaupun ulasan kita mgkin tak sama, ia kerana latar pendidikan serta ujian hidup dan gayahidup tak sama, tapi insyAllah atas nama islam, mungkin Allah boleh membuatkan kita faham..Allah boleh membolak balikkan hati seseorang menjadi musuh atau pengikut kepada sesuatu kebenaran...dalam sejarah Islam yg suka dan yang benci pada perjuangan Rasulullah saw tetap ada walaupun bapa saudaranya!!!, bahkan kaumnya sendiri sanggup mengusirnya..sejarah kini, bangsa Melayu sendiri seakan2 tidak boleh menerima kebenaran yg di dipilih Allah untuk orng Melayu yg berketurunan R saw yg mulia itu..itulah hakikat sejarah (kisah yg patut diteladani) kebenaran..ia pasti menempuh peristiwa yg seakan2 sama seperti yg pertama dulu..Moga hati2 kita diberi faham oleh yang Maha berkuasa.Wassalam.
---------------------
Ulasan Bonda Ummu Jah ar pg ini;kita telah digembirakn bila taufan Jais melanda BCH. Taufan sandy Taufan yg menghinakan; Taufan Jais mnaikkan Islam di Msia. Rupa2nya satu keadaan yg sgt karamah terjadi bila Jais naik k pentas dia hilang arah; Sy Nawi yg buat arahan mnyeret mereka turut dr pentas ke khemah jamuan. Ksemua berkerumun. Kalau majlis PAs bergaduh. Org2 kita yg tenang dan senyum. Kita dpt kawal keadaan: boleh berakhlak . Ini ciri jemaah ikhwan. Di Mahkamah, JaiS kalah dan serba salah; pesalah tapi mereka tak gamak nak kata pesalah. Mereka terpinga2. Siapa yg tangkap siapa? Mrk jangka akan blaku kkecuhan. Tapi semua bersedia dan serah diri nak di bawa naik lori. Hakim pula bela kita dgn cara 'membuli' Pendakwa. Sikap Hakim merendah2kan JaiS. Teguran2 Hakim itu sgt mnyerlahkn kelemahan JaIs dan mnjatuhkn Jais; Jemaah GISB yg dilihat menang. Hakim yg telah malukn JAis telah turunkn kadar wang jaminan. Tak ada yg mnyusahkn. Kes ini saya yakin akan dibuang bgitu saja. Mlm td kat kaca TV; abuya terus memimpin wpun ghaib. Dibibir rakyat Msia ; suka atau tak suka; tak akan dpt dihalang; kita akan jalan terus. JAiS akan terus terhina krn nampaknya hasad dengki. Kalau org yg bfikir positif akan sedar jemaah ini ada kkuatan luar biasa sdgkn dulu dihancurkn tapi boleh bangun balik. Taufan Jais bodoh. Taufan Sandy pandai. Tapi tentu GBA seronok bsama Jais; musuh2 . Apalah nak dihairankn. Keduanya sama menentang Abuya. Inilah kbenaran tetaplah kebenaran dlm suasana apa pun.Kemenangan kita bermula dr mrk naik pentas; Badrul Amin cakap yg sgt memalukan mrk krn dia hanya tamu. Bukan ada hubungan apa2. Isteri yg selalu dtg beli barang. Mrk ingat mrk boleh heret kita dlm isu politik. Dr B Amin ulas ghaib tu macam2. Cantik nya. Najib sudah lega sekarang. SB sgt melihat Abuya mncatur. Sgt mndapat liputan besar2ran di media spt yg ppihak kselamatan harapkn. Begitu sekali saiz kbesaran haji Akbar' ksempurnaan psiapan mnunggu Imam Mahdi; RSaw; sudah tak lama Imam Mahdi akan muncul.Sent from my BlackBerry® smartphone ~ www.ainakasturi.blogspot.com ~" sampaikanlah dariku biarpun hanya sebaris ayat "

Thursday, 11 October 2012
SEJARAH NAHU ARAB & KAITANNYA DENGAN PERJUANGAN ABUYA
***Sejarah Nahu Arab & Perjuangkan Abuya***by anjangmuor |
Salam ceria. Sunyi rumah ni bila 7 orang syabab dari 12 orang pergi belajar Bahasa Arab. 4 orang lagi bertugas di mat'am. Seorang lagi, menunggu di rumah. Membantu apa yang patut. Korang tentu pernah baca dalam hadis Rasulullah saw mengenai Imam Al Mahdi ada menceritakan pembela agama Islam dan keturunan Rasulullah (Bani Hashim) khususnya Imam Al Mahdi adalah seorang lelaki dari Bani Tamim.
Dengan bukti-bukti ciri-ciri lahir hasil perjuangannya kita sangat yakin Abuyalah orangnya. Antara ciri yang paling ketara adalah sikapnya yang sangat memperjuangkan Imamul Mahdi.
Memperjuangkan IM sangat berisiko kerana musuh-musuh Islam khususnya yahudi sangat mengetahui bahawa IM lah yang akan mengalahkan yahudi, yang akan memenangkan Islam di akhir zaman. Maka dirancang secara sistematik sehingga persoalan Al Mahdi menjadi seolah-olah perkara yang salah untuk dibincangkan. Mereka merancang hingga lahirnya berpuluh-puluh (malah mungkin beratus-ratus) IM palsu. Mereka rosakkan fikiran umat bahawa IM membawa keganasan, hadis-hadis tentang IM dipertikaikan, siapa percaya kepada IM disesatkan. Tetapi Abuya tetap mempertahankan IMnya. Maka Abuya disesatkan bukan sahaja di akhbar, majalah, tv dan radio, malah di mimbar-mimbar masjid seluruh Malaysia.
Suatu hari ketika Abuya berada di sebuah rumah di Tmn Tun Dr Ismail, sepucuk surat diterima yang masa isinya mengancam akan meletupkan rumah itu dengan bom. Ertinya berlaku ancaman bunuh hasil dari perjuangan Abuya. Maka Abuya tinggalkan Malaysia menuju ke Singapura seterusnya ke Jordan.
Di Jordan, BUJ menyatakan pendapatnya kepada Abuya bahawa persoalan Imam Al Mahdi bukanlah perkara asas dalam Islam. Apakata kalau diteruskan perjuangan tanpa sebut IM untuk mengelak pertembungan? Spontan Abuya marah, "Pemimpin besar nak datang, kamu suruh diam, kamu suruh tahan-tahan?"
Begitulah sikap Abuya sebagai PBT, pembela IM yang merupakan Bapa Syariat di akhir zaman. Maka jika kita ingin menjadi Ikhwan dan Asoib, kita mesti menjadi pembela PBT, pembela Abuya ertinya sentiasa menceritakan Abuya. Kita perjuangkan Abuya kerana beliau adalah anak kunci kebangkitan Islam Akhir Zaman. Kena bela Abuya, siapa yang Abuya katakan musuh, kita kena yakin dia musuh dan ber'mua'amalah' dengannya sebagai musuh. Bukan khianat kepada Abuya, engkar arahan Abuya, dengan jadikan musuh sebagai kawan malah tempat rujuk.

Kita bela Abuya dengan menguatkan jemaah Abuya, bukan buat jemaah lain. Kita bela Abuya dengan menjunjung dasar iaitu Abuya adalah pemimpin, bukan nak jadi pemimpin. Pemimpin pengganti. Bela Abuya dengan support bandar-bandar Abuya, bukan di masa Abuya dah buka projek-projek di London, Perancis, Jerman, Timur Tengah, Australia, Indonesia, sedang pesat nak bangunkan Yunan dan Uzbek, kita baru nak buka bandar di Negeri Sembilan. Mari kita membela Abuya. Moga-moga kita berjaya dalam tapisan demi tapisan ini agar layak menjadi ikhwan.
Di era membela Abuya, kita tetap akan teruskan momentum minggu Bahasa Arab kita. Pos ini kita fokus kepada sejarah Nahu Arab. Ok ke? Larat ke korang baca ni?
Haiya nabda'...Nahu tu biasanya disebut bapa bahasa Arab. Sorof ibu bahasa Arab. Dari satu perkataan, samada fiel madhi atau isim masdar, akan beranak pinak menjadi banyak dengan kaedah ilmu sorof. Tetapi dalam menyusun baris-baris, khasnya di hujung perkataan di dalam ayat, yang menentukan maksud sesuatu ayat, itulah tugas nahu. Begitulah, ibu mendidik dan membentuk semasa kecil. Ayah menyusun dan menentukan tugas dalam perjuangan.

Orang Arab di zaman Jahiliyah dan di awal Islam, bercakap sesama mereka dengan cara tradisi masing-masing. Lafaz-lafaz yang muncul, terbentuk dengan peraturan yang telah ditetapkan mereka secara 'nature', di mana orang muda belajar dari yang tua, anak mengambil bahasa dari orang tuanya dan seterusnya. Namun ketika Islam telah tersebar ke negeri Farsi dan Rom di zaman Khulafaur Rashidin, terjadinya banyak pernikahan di antara orang Arab dengan orang 'ajam (bukan Arab), serta terjadi perdagangan dan pendidikan, menjadikan Bahasa Arab bercampur baur dengan bahasa 'ajam. Orang yang fasih bahasanya menjadi janggal bila berbahasa. Orang ramai berkomunikasi dalam Bahasa Arab yang salah tapi mereka anggap betul atau tak merasakan itu satu kesalahan sehingga hilanglah keindahan Bahasa Arab.
Penyusunan Nahu Arab bermula bila Saiyidina Ali RA mendapat pengaduan dari Abul Aswad Ad Duali tentang kesilapan berbahasa Arab yang mengubah makna.
Satu malam Abul Aswad Ad Duali dari Bani Kinanah sedang berjalan-jalan dengan anak perempuannya. Ketika anaknya mendongakkan wajahnya ke langit dan melihat keindahan bintang-bintang lalu ia berkata,
مَا أَحْسَنُ السَّمَاءِ
“Apakah yang paling indah di langit?”
Dengan meng'kasrah' hamzah, yang bermaksud soalan atau pertanyaan. Bapanya menjawab,
نُجُوْمُهَا يَا بُنَيَّةُ
“Wahai anakku, Bintang-bintangnya”
Namun anaknya menyanggah dengan mengatakan,
اِنَّمَا اَرَدْتُ التَّعَجُّبَ
“Sesungguhnya aku ingin mengungkapkan kekaguman”
Bapanya mengatakan, kalau begitu sebutlah,
مَا اَحْسَنَ السَّمَاءَ
“Betapa indahnya langit.”
Bukan,
مَا اَحْسَنُ السَّمَاءِ
“Apakah yang paling indah di langit?”
Dengan mem'fathah'kan hamzah…
Peristiwa kedua pula ketika Abul Aswad Ad Duali lalu di depan seseorang yang sedang membaca Al Quran, (ketika itu tulisan mashaf Al Quran belum bertitik dan berbaris) ia mendengar orang itu membaca surah At Taubah ayat 3 dengan bacaan,
أَنَّ اللهَ بَرِىءٌ مِّنَ الْمُشْرِكِينَ وَرَسُولِهُ
Dengan meng'kasrah'kan huruf lam pada perkataan 'rasuulihi' yang sepatutnya di 'dhommah'kan. Menjadikan artinya “…Sesungguhnya Allah berlepas diri dari orang-orang musyrik dan rasulnya..” hal ini menyebabkan makna ayat itu berubah dan menyesatkan.
Sepatutnya kalimah tersebut adalah,
أَنَّ اللهَ بَرِىءٌ مِّنَ الْمُشْرِكِينَ وَرَسُوْلُهُ
“Sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya berlepas diri dari orang-orang musyrikin.”
Bila mendengar bacaan ini, Abul Aswad Ad Duali menjadi ketakutan, ia takut hilang keindahan Bahasa Arab dan lenyap kehebatannya, lebih-lebih lagi ia boleh membawa kekufuran bila yang dibaca adalah kalamullah Al Quran, sedangkan ia terjadi di awal empayar Islam. Maka diadukan isu tersebut kepada Khalifah Saiyidina Ali RA lalu ia memperbaiki keadaan ini dengan membuat pembagian kata, bab 'inna dan saudaranya', bentuk 'idhofah (penyandaran)', kalimat 'ta’ajjub (kekaguman)', kata tanya dan selainnya, kemudian Saiyidina Ali RA berkata kepada Abul Aswad Ad Duali,
اُنْحُ هَذَا النَّحْوَ
“Ikutilah jalan ini”
Dari kalimat inilah, ilmu kaedah Bahasa Arab disebut dengan ilmu nahu. (Erti 'nahu' pada bahasa adalah 'arah')
Kemudian Abul Aswad Ad-Duali melaksanakan tugasnya dan menambah kaedah tersebut dengan bab-bab lainnya sampai terkumpul bab-bab yang agak sempurna.

Dari Abul Aswad Ad Duali inilah muncul ulama-ulama Bahasa Arab lainnya, seperti Abu Amru bin ‘alaai, kemudian Al Khalil Al Farahidi Al Basri (Penyusun ilmu Arudh dan penulis Mu’jam pertama) , sampai ke Sibaweh dan Kisaie (pakar ilmu nahu, dan menjadi rujukan dalam kaedah Bahasa Arab).
Setelah berlalu masa yang agak panjang kaedah Bahasa Arab berpecah menjadi dua mazhab, iaitu:
Setelah berlalu masa yang agak panjang kaedah Bahasa Arab berpecah menjadi dua mazhab, iaitu:
1-Mazhab Basrah
2-Mazhab Kufah (sedangkan kedua-duanya bukan termasuk daerah Jazirah Arab). Kedua mazhab ini tersebar luas dan masing-masing menyusun kitab-kitab ilmu nahu yang sampai kepada kita sekarang.
2-Mazhab Kufah (sedangkan kedua-duanya bukan termasuk daerah Jazirah Arab). Kedua mazhab ini tersebar luas dan masing-masing menyusun kitab-kitab ilmu nahu yang sampai kepada kita sekarang.
Ok, begitulah serba sedikit sejarah awal ilmu nahu. Rupa-rupanya dari arahan Saiyidina Ali RA, patutlah ada keberkatannya. Di akhir zaman ini, moga-moga para Ikhwan pula yang membudayakan bahasa Arab yang tepat kerana bahasa Arab yang dituturkan hari ini di seluruh dunia Arab sudah sangat jauh dari Bahasa Al Quran. Akan berlaku nanti para Ikhwan dan Asoib lah yang paling memperjuangkan Bahasa Arab fushah. Mudah-mudahan ia juga di kira sebagai membela Abuya. Amin.
( Sedikit selingan komen daripada Aina & Ikhwan Kasturi, membela Abuya itu adalah membela islam, kerana Abuya buat kerja2 besar memperjuangkan Islam, perjuangkan Allah dan Rasul, hingga musuh sangat memusuhinya. Dengan keadilan Allah pula, bila adanya musuh yang sangat membenci, tentulah ada pula orang yang membela yang tersangat sayangkan pemimpin kebenaran yang Allah tunjuki di akhir zaman itu. Ciri-ciri kepimpinannya sangat jelas dan menonjol tiada keraguan lagi, melainkan bagi mereka yang berhasad dengki sahaja yang cuba mereka-reka macam-macam alasan untuk menolaknya. Tiada jemaah lain yang Allah izinkan untuk berkembang sampai ke Haromain, sehinggakan orang Arab sendiri melahirkan kekaguman mereka terhadap bangsa Ajam yang boleh menghidupkan 'Perkampungan Rasulullah' di Haromain. Kata mereka lagi jika mereka hidup 100 tahun lagipun, mereka tidak terfikir untuk melakukan sebegitu, dan mereka berkata semuanya itu berlaku, tentulah dengan MUKJIZAT DARIPADA NABI AKHIR ZAMAN.
Sekiranya kita faham, Itu tandanya disebalik semua ini adalah percaturan daripada nabi akhir zaman, junjungan besar kita Nabi Muhammad saw. Nur Muhammad itu tetaplah hidup dan berperanan walaupun jasad baginda sudah wafat.)
Musolla Duwar Qubbah
10.11am, Okt 8, 2012
.
10.11am, Okt 8, 2012
.
ALANGKAH BESARNYA DAN PENTINGNYA SELAWAT !!!
"Pada satu malam,seorang lelaki bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w. Baginda s.a.w langsung tidak menoleh ke arahnya. Kemudian lelaki itu bertanya, "Wahai Rasulullah, apakah engkau marah padaku?" Rasulullah s.a.w menjawab, "Tidak".
Lelaki itu bertanya lagi, "Mengapa engkau tidak menoleh dan memandang kepadaku?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Kerana aku tidak mengenalimu." Lalu lelaki itu menambah, "Bagaimana engkau tidak mengenaliku, bukankah aku ini umatmu? Padahal para ulama telah mengatakan bahawa engkau mengenali umatmu lebih daripada ayah ibunya.
" Rasulullah s.a.w menjawab, "Aku tidak mengenalimu kerana engkau tidak mahu mengingatiku dengan membaca selawat. Padahal aku kenal pada umatku itu bergantung kepada bacaan selawat mereka kepadaku."
Kemudian lelaki itu terbangun dari mimpinya. Lalu dia mewajibkan dirinya dengan membaca selawat 100 kali sehari. Maka beberapa hari kemudian pemuda tadi bermimpi bertemu dengan Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w berkata, "Sekarang aku kenal engkau dan aku syafaati engkau."

PERHATIKAN PERINGATAN TERHADAP 4 PERKARA-PERKARA DI BAWAH
Asalamualaikum w.b.t wahai saudara saudari semua,
Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas
Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam
Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih
Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat
Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama
4 CARA TIDUR
1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.
Kalau rajin..tolong sebarkan maklumat ini kpd saudara Muslim Muslimat yg lain agar menjadi amalan kpda kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun beliau sudah MENINNGAL DUNIA....

Wednesday, 19 September 2012
SESUNGGUHNYA ALLAH MENYOROKKAN TIGA PERKARA DALAM TIGA PERKARA
Pesan Muhammad Al-Baqir, cucu Sayyidina Husain kepada anaknya:"Wahai anakku! Sesungguhnya Allah menyorok tiga perkara dalam tiga perkara.
[Pertama], Allah menyorokkan redha-Nya dalam ketaatan kepada-Nya. Oleh itu, janganlah engkau memandang ringan sesuatu perbuatan taat, kerana barangkali di dalamnya terdapat redha Allah.
[Kedua], Allah menyorokkan murka-Nya dalam sesuatu maksiat. Oleh itu, janganlah engkau memandang ringan sesuatu maksiat, kerana barangkali di dalamnya terdapat murka Allah.
[Ketiga], Allah menyorokkan wali-wali-Nya di dalam makhluk-Nya. Oleh itu, jangan sekali-kali engkau menghina (memandang rendah) seseorang, kerana mungkin dia adalah wali Allah."
HARI QIAMAT
"SAMPAIKAN DARIKU BIARPUN SEBARIS AYAT"
RENUNGAN UNTUK SEMUA
Download sini http://www.mediafire.com/file/cdm63m690addemd
Sunday, 9 September 2012
DOA PELINDUNG DARIPADA FITNAH DAJJAL
Salam sejahtera,Doa dibawah memng sgt perlu dan dituntut untuk diamal kerana, Dajjal adalah suatu fitnah terbesar dan setiap umat sudah diperingatkan akan dasyatnya fitnah tersebut, semasa kedatangannya orng2 islam baka atau Islam keturunan akan kafir sekejap (40 hari kedatangannya yg dirasakan lebih drp setahun mengikut hari2 tertentu bilangannya).
Yang selamat adalah yang hanya menjadi pengikut Imam Mahdi dan PBT, jadi sebab itu umat Islam wajib mencari pemimpin apatah lagi kita hidup di akhir zaman. Atas keadilan Allah, Pemimpin yg Allah datangkan adalah untuk selamatkan umat. Tetapi ada ajaran daripada aliran fahaman wahabi mereka memang nak 'direct' dgn Allah, mereka tolak pemimpin atau guru mursyid sedangkan Allah dtgkan para Rasul pun berperantaraan malaikat jibril, Allahpun tak 'direct' dgn para Rasul yg mulia,.Rasul pun mendapat wahyu melalui malaikat sebagai perantara atau wasilah, inilah asas ajaran islam yg faktanya sengaja diselewangkan supaya umat islam keliru. hanya Nabi Muhammad dpt berjumpa terus dgn Allah semasa peristiwa 'Israk dan Mikraj', untuk mendapatkan perintah sembahyang yg agung (ini utk menunjukkan betapa besarnya perintah sembahyang itu, ia tidak melalui perantara, bila sembahyang, kita sebenarnya memng berhubung terus dgn Allah, bercakap2 dgn Allah).
Untuk pengetahuan umum, Allah ada kerajaan yg besar dan Allah suka kita berhubung dengannya melalui orang-orangnya atau melalui kerajaannya, ini diluar waktu sembahyanglah spt berdoa, belajar dan sebagainya..Sebab itu kalau sblm sembahyang kita tak mahu minta melalui guru kita atau guru mursyid utk mendapat sembahyang yang khusyuk( minta guru ajar secara roh @ pimpin secara roh), hampir mustahil kita nak khusyuk dlm sembahyang. Sembahyang Sy Ali, sampai tak terasa sakitnya apabila panah dicabut..!!!
Tapi bertawasul dengan guru mursyid atau para wali Allah sebegini, dilarang keras dlm aliran wahabi, jadi umat Islam sudah tidak ada seni2 dlm mengadap Allah yg sgt berprotokol. Jln mudah nak faham, kalau kita nak jumpa raja, adalah lebih mudah melalui org2 yg rapat dgn raja, kita akan dipimpin dan ditunjuk jalan, raja pun suka krn kita tidak melulu ke istananya, kita hormat undang2 dlm istananya, kita hormat pembesar2nya tanpa kita sombong nak terus mengadapnya tanpa peduli pembesar2 di sekeliling raja yg sibuk menjalankan tugas bagi pihak raja dan atas arahan raja. Moga ada manfaatnya. Ya Allah berilah hidayah dan taufik kepada kami, moga kami semua selamat..
Doa Pelindung Dari Fitnah Dajjal
اللَّهُمَّ اغْفِرْلِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ وَمَا أَسْرَفْتُ وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّي. أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ. لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ. يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ وَعَلَى طَاعَتِكَ. اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ. سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

Wednesday, 5 September 2012
RENUNGAN UNTUK MENGUBAH SIKAP -BAB 3 KEHEBATAN MATI
Demi masa, Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian, kecuali mereka yg beriman dan beramal soleh
dan mereka yg berpesan-pesan
dgn kebenaran dan kesabaran..Petikan dari surah al-Quran, marilah kita membela al Quran dalam bentuk praktikal
bukan berteori shj.
Moga bermanfaat..dan ia menjadi saham kpd kita
apabila kita sudah meninggal kelak,
bukankah apabila matinya anak Adam, terputus semua amalannya ? kecuali 3 perkara iaitu doa daripada anak yg soleh dan solehah,
ilmu yg bermanfaat dan
harta yg dibelanjakan di jalan Allah (SEDEKAH JARIAH).
Moga ada persiapan kita..wassalam.
BAB 3 - KEHEBATAN MATI
SESUATU yang pasti terjadi, tapi sering dilupakan dan tidak dipedulikan, ialah mati. Yakni berhentinya degupan jantung, lalu berhentilah nafas dan aktiviti lainnya, hingga manusia tidak berguna apa-apa lagi. Walaupun dia seorang profesor, raja atau presiden. Kalau dibiarkan akan busuk dan berkerut, maka terpaksalah ditanam jauh-jauh ke dalam bumi.
Semua orang dulu pasti sudah merasakan mati. Mereka sudah tidak ada lagi di bumi ini. Yang tinggal hanya nama dan sejarah hidup mereka saja. Dan detik itu pasti datang pada setiap orang diantara kita. Ia adalah program yang tidak boleh tidak pasti terjadi, dan kita sering tertanya-tanya: "Bilakah giliranku untuk mati? Dan apa persediaan yang mesti aku lakukan?'~ .
Kesakitan sewaktu roh dicabut dari badan oleh Malaikat Izrail seperti ditusuk-tusuk 300 kali dengan mata pedang. Hancur lumat hingga hilang segala-galanya. Rasa haus ketika maut tiba teramat sangat azabnya hingga kalaupun air satu lautan diminum tidak akan puas-puas juga. Tersedar kembali sewaktu berhadapan dengan Munkar dan Nakir. Yakni di satu alam luar yang lain dari alam dunia ini. Alam Barzakh namanya. Alam di mana kita dapat melihat malaikat dan bertanya-jawab dengannya. Alam yang diperlihatkan Syurga dan Neraka. Dan dapat juga melihat ragam manusia di dunia yang belum mati lagi itu.
Hidup di sana kalau bahagia, sangat lama sekali yakni hingga Kiamat, mungkin beribu-ribu tahun. Dan kalau Kiamat tiba mungkin beribu-ribu tahun lagi. Dan kalau tersiksa pun begitu jugalah lamanya. Bahagia atau derita bergantung pada berhasil atau tidaknya kita ketika di dunia. Kalau berhasil menjalankan tugas sebagai hamba Allah dan khalifah-Nya di bumi, maka bahagialah kita. Sebaliknya kalau sewaktu di dunia menjadi hamba nafsu dan syaitan serta berjuang untuk itu, maka malaikat akan mengazab kita di Barzakh sana. Terkurung selama beribu-ribu tahun dalam azab sengsara.
Itu kata Allah dan itulah ketentuan-Nya. Al Quran dan hadis banyak sekali menceritakan tentang ini dengan sejelas-jelasnya. Lihat contoh-contohnya
1. Surah Al Qiyamah, ayat 36-40:
Terjemahannya: Apakah manusia mengira, bahwa ia akan dibiarkan begitu saja (tanpa dipertanggungjawabkan) ? Bukankah dia dahulu setitis mani yang ditumpahkan (ke dalam rahim). Kemudian mani itu menjadi segumpal darah lalu Allah menciptakannya sepasang laki-laki dan perempuan. Bukankah (Allah yang berbuat) demikian berkuasa (pula) menghidupkan orang yang mati?
2. Surah Al 'Aadiyaat, ayat 6-11:
Terjemahannya: Sesungguhnya manusia itu sangat ingkar tidak berterima kasih kepada Tuhannya dan sesungguhnya manusia itu menyaksikan (sendiri) keingkarannya, dan sesungguhnya dia sangat bakhil kerana cintanya pada harta. Maka apakah dia tidak mengetahui apabila dibangkitkan apa yang ada di dalam kubur dan dilahirkan apa yang ada di dalam dada. Sesungguhnya Tuhan mereka pada hari itu Maha Mengetahui keadaan mereka.
3. Surah An Naaazi'at, ayat 10-14 :
Terjemahannya: (Orang kafir) berkata: "Apakah sesungguhnya kami benar-benar dikembalikan kepada kehidupan yang sebelumnya?" Apakah (akan dibangkitkan juga) apabila kamu telah menjadi tulang belulang dan hancur lumat? Mereka berkata: "Kalau demikian, itu adalah satu pengembalian yang merugikan . " Sesungguhnya pengembalian itu hanyalah dengan satu tiupan saja. Maka dengan serta-merta mereka hidup kembali di permukaan bumi.
4. Surah An Nabaa', ayat 38-40:
Terjemahannya: Pada hari ketika roh dan para malaikat berdiri bershaf-shaf, mereka tidak berkata-kata, kecuali siapa yang telah diberi izin kepadanya oleh Tuhan yang Maha Pemurah. Dan ia mengucapkan kata yang benar. Itulah hari yang pasti terjadi maka barangsiapa yang menghendaki, nescaya ia menempuh jalan kembali kepada Tuhannya. Sesungguhnya kami telah memperingatkan kepadamu (hai orang kafir) siksa yang dekat pada hari manusia melihat apa yang telah dibuat oleh kedua-dua tangannya dan orang kafir berkata: "Alangkah baiknya sekiranya aku dahulu adalah tanah."
5. Surah An Naaz'iat, ayat 34 -41:
Terjemahannya : Maka apabila malapetaka yang sangat besar (Hari Kiamat) telah datang. Pada hari (ketika manusia teringat akan apa yang telah dikerjakannya dan diperlihatkan Neraka dengan jelas setiap orang yang melihat. Adapun orang yang melampaui batas, dan lebih mengutamakan kehidupan dunia, maka sesungguhnya Nerakalah tempat tinggalnya. Dan adapun orang yang takut pada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya, maka Syurga tempat tinggalnya.
Demikianlah kita telah diberitahu seterang-terangnya tentang sesuatu yang bakal terjadi dan menimpa setiap diri. Apa pendapat anda? Nasib di dunia atau nasib di akhiratkah yang hendak diutamakan? Sebab orang yang kaya di dunia (tetapi tidak bertaqwa) akan miskin di akhirat. sedangkan miskin di dunia masih ada tempat tinggal, pakaian dan makan minum. Masih boleh berikhtiar. Sedangkan jika miskin di akhirat, sesuap makanan pun tidak akan dapat. Tidak ada seorang pun yang simpati.
Kemiskinan dan penderitaan yang mana yang lebih patut ditakuti. Berusaha keras untuk dunia atau untuk akhirat yang mesti diutamakan? Rasulullah SAW menjawab ketika ditanya:
Terjemahannya: Siapakah orang mukmin yang paling cerdik? Sabda Rasulullah: (orang yang paling cerdik) ialah orang yang banyak mengingati mati.
(Riwayat lbnu Majah)
Maka fahamlah kita, keutamaan harus diberikan pada urusan-urusan akhirat. Sebab mati boleh jadi datang esok. Dan kalaulah hal itu terjadi dalam keadaan kita belum menjalankan tugas yang diamanahkan, kita akan menderita selama-lamanya. Sedangkan untuk dunia, kalau hari ini belum selesai, esok boleh disambung lagi. Kelalaian tentang urusan dunia tidak akan mengakibatkan kerugian yang panjang. Contohnya, kalau urusan yang kita tinggalkan boleh disambung lagi. Kita tidak rugi apa-apa. Tapi kalau kerana dunia kita tangguhkan sembahyang, tiba-tiba kita mati sebelum sembahyang. Sementara akibat meninggalkan sembahyang dengan sengaja ialah 40 tahun masuk Neraka. Demikian juga halnya kalau kita menimbun duit dalam bank, konon untuk masa depan. Kalau kita sempat tua, mungkin duit itu boleh kita gunakan; itu pun di akhirat tidak dapat apa-apa. Apa jadinya kalau kita mati sebelum tua, sudahlah duit itu tidak berguna untuk kita di dunia, di akhirat kita akan menderita kerana dosa membekukan harta pemberian Allah. Sedangkan kalau duit itu kita korbankan pada jalan Allah, di dunia lagi kita akan hidup senang. Inilah yang diingatkan oleh Rasulullah SAW, melalui sabdanya:
Terjemahannya: Berusahalah untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya. Dan berusahalah untuk akhiratmu, seolah-olah kamu akan mati esok hari.
(Riwayat Ibnu Asakir)
Jangan mengertikan hadis ini menyuruh kita bekerja keras di dunia saja; bekerja keraslah juga untuk akhirat. Maksud yang sebenarnya ialah urusan dunia kerana lama lagi (masih ada waktu) boleh ditangguhkan atau dikemudiankan; sedangkan untuk akhirat, kerana boleh jadi mati esok, mesti disegerakan atau didahulukan.
Ingatlah mati dan akibatnya. Ia dahsyat, hebat dan menakutkan pada yang mati dan untuk yang tinggal. Secara kasar kita sudah ceritakan hal sesudah mati, untuk yang mati dan akan mati. Mari kita lihat pula akibat mati pada yang hidup. Betapa hebat dan menakutkan!
Orang yang kematian orang yang dikasihinya, akan merasakan kehilangan yang amat berat untuk ditanggung. Sedih pilu yang tidak terkira. Tempat bergantung putus sudah. Harapan hidup bahagia, meliar tidak menentu; ke mana hendak mengadukan nasib.

Kalau yang meninggal itu raja, negara diselubungi duka, rakyat kehilangan ketua negara. dengan terpaksa dicarilah penggantinya. Maka berubahlah sistem pengaturan negara. Kalau pemimpin meninggal dunia, pengikut bagaikan anak ayam kehilangan ibu. Pimpinan terputus, didikan terhenti, payung tempat berteduh dirasa telah tiada lagi. Pengganti belum tentu sama gayanya. Huru-hara mungkin terjadi, jika ada orang yang mahu mengambil kesempatan dari bala itu.
Kalau guru meninggal dunia, murid-murid akan kehilangan sumber ilmu. Lampu yang menerangi hidup padam. Merka akan berada dalam kegelapan sesaat sebelum ada guru pengganti. Itu pun belum tentu sama. Dukacitapun berkepanjangan.

Apabila suami meninggal, isteri menjadi janda. Hidupnya jadi serba salah. Mahu kemana? Mahu kawin, banyak masalah walaupun itu tuntutan fitrah. Kehilangan orang yang dikasihi, tinggal bersendirian, tiada orang yang mengurus keperluan. Bukan mudah mencari pengganti. Kalau bapa meninggal, anak-anak jadi yatim. Malang sekali kerana sumber kehidupan terputus. Siapa yang bakal menyanggupi nasib mereka? Kalau tidak ada, hidup mereka terabaikan dan tersiksalah hidupnya. Jika ibu yang mati, anak-anak jadi piatu. Tempat bermanja tidak ada lagi. Kasih sayang, belaian dan penjagaan tidak akan ditemui lagi dalam hidup.
Kalau tunang pula mati, remuk-redam jantung hati. Buah hati yang dirindui, belum sempat bertemu sudah pergi buat selama-lamanya. Kalau tidak kuat iman, berduka sepanjang hayat.
Kalau tunang pula mati, remuk-redam jantung hati. Buah hati yang dirindui, belum sempat bertemu sudah pergi buat selama-lamanya. Kalau tidak kuat iman, berduka sepanjang hayat.
Demikianlah dahsyatnya akibat kematian; ngeri dan menakutkan. Sebut saja mati, orang yang tidak beriman sangat benci. Sebaliknya orang yang beriman akan insaf; sedangkan para kekasih Allah merasakan mati itu indah kerana saat pertemuan dengan Allah sudah tiba. Betul-betullah mati itu sebagai guru. Sabda Rasulullah:
Terjemahannya: Cukuplah kematian itu sebagai nasehat.
(Riwayat At Tabrani)
Kenapa Allah jadikan mati begitu dahsyat? Jawabnya supaya manusia memberi perhatian serius. Sebab biasanya satu hal yang besar dan dahsyat sangat diberi perhatian yang serius oleh manusia. Begitulah sepatutnya dengan mati. Oleh kerana akibatnya terlalu dahsyat pada yang mati dan yang hidup, tentu kita tidak boleh berbuat seolah-olah tak tahu saja. Mestilah berusaha dan bersedia dengan sebaik-baiknya, agar takdir Allah itu (ujian) dapat dihadapi dengan baik dan berhasil.
Ibarat kita akan menghadapi suatu ujian kenaikan yang besar dan penting. Tentu kita akan siap sedia dengan bersungguh-sungguh menghadapinya kerana mengharapkan kejayaan. Demikianlah halnya dengan mati ini. Iman dan taqwa, amal soleh dan akhlak mulia dengan Allah dan dengan manusia adalah syarat penting untuk selamat baik untuk yang pergi atau yang ditinggal. Yang pergi selamat di kubur, yang ditinggal tidak menderita. Iman dan taqwa akan jadi penghiburnya.
Tapi kita lihat hari ini, umat Islam tidak terlalu peduli dengan mati. Walaupun setiap hari ada orang yang mati, tapi hal itu tidak mengingatkan dan menginsafkannya; masyarakat terus bergelumang dengan dosa dan hiburan di dunia. Memang kalau manusia itu tidak ingat akan mati, mereka tidak akan takut untuk hidup dalam dosa dan maksiat. Sebab mereka mengira kejahatan itu tidak akan dipertanggungjawabkan oleh siapapun. Mereka lupa atau jahil tentang apa yang dikatakan oleh Allah :

Terjemahannya: Apakah manusia itu menyangka bahwa sekali-kali tidak seorang pun berkuasa atasnya? Dia mengatakan; "Aku telah menghabiskan harta yang banyak." Apakah dia menyangka bahwa tiada seorang pun yang melihatnya? Bukankah Kami telah memberikan padanya dua mata, lidah dan dua bibir? Dan Kami telah menunjukkannya dua jalan. Tapi dia tidak menempuh jalan mendaki lagi sukar. Tahukah kamu apakah jalan mendaki lagi sukar itu? (Iaitu) melepaskan hamba daripada perhambaan, atau memberi makan pada hari kelaparan (kepada) anak yatim yang ada hubungan kerabat atau orang miskin yang sangat fakir. Dan dia tidak juga termasuk orang yang beriman dan saling berpesan untuk bersabar serta berpesan untak berkasih sayang. Mereka (orang-orang beriman dan saling berpesan) adalah golongan kanan. Dan orang yang kafir kepada ayat Kami, mereka itu adalah golongan kiri. Mereka berada dalam Neraka yang ditutup rapat.
(AI Balad: 5-20)
Maknanya, mengingati mati bukan untuk keselamatan di akhirat saja, tapi juga di dunia. Tapi hari ini, kalau kita banyak sebut tentang mati, orang mentertawakan atau marah-marah. "Bila mahu membangun kalau asyik ingat mati saja", kata mereka. Padahal dengan tak ingat mati pun umat Islam hari ini bukan membangun. Cuma ikut bangga dengan pembangunan dan kemodernan yang diimport dari Barat.
Sudahlah begitu, masalah hidup dan masalah masyarakat tidak pernah habis-habis. Berdengki, saling berhujah, fitnah, krisis dam lain-lain tidak selesai. Kalau ada pembangunan, sedikit banyak ada saja golongan kiri yang mahu meruntuhkan. Semua ini ialah diakibatkan kerana kita melupakan Allah. Apabila kita lupa Allah, Allah lupakan kita. Maka susahlah kita. Mari kita kembali kepada jalan Allah. Ingatkan mati itulah sebenarnya jalan yang menyampaikan kita kepada kemenangam dunia dan akhirat!
********************************************************************
Layarilah
www.ainakasturi.blogspot.com
untuk BERKONGSI pelbagai info yang bermanfaat dan untuk dikongsi-kongsikan kepada keluarga dan rakan2, moga-moga ia menjadi saham yg kita tak nampak di dunia tetapi hasilnya dpt dituai di akhirat sana....
*********************************************************************

Subscribe to:
Posts (Atom)