Translate

Thursday, 23 March 2017

Impian semakin menjadi kenyataan..

Bismillahirrahmaanirraahiim.

Hari ini adalah malam Jumaat yang mulia..26 Jamadil Akhir 1438 h , 24 Mac 2017.

Entah mengapa ingin sekali ku kongsikan apa yang kuharap-harapkan walaupun sudah sekian lama.. rupa-rupanya ada penawar dan ubatnya.. Tentu ramai ingin mengetahui apa impianku bukan..? Ya diriku hanya insan biasa yang punya hati dan perasaan. Diriku diuji dengan satu dugaan iaitu tenagaku cepat hilang sejak sekitar tahun 2000.  Cuba anda bayangkan bagaimana rasanya kiranya anda berada di tempatku..anda tiada daya untuk menjadi seperti individu normal..zahirnya sihat tapi tenaga bagai ditarik pergi..anda tidak mampu untuk mengurus rumah tangga seperti kebiasaan yang dilakukan oleh ibu2 iaitu memasak untuk anak2 dan suami...mengemas rumah..Sesiapa yang merasakan dugaan atau ujian sebegini sahaja yang tahu. Aku tiada daya dan hilang upaya..sejak sekian lama..jika anda faham..perasaanku..

Orang yang zahirnya nampak sakit orang biasanya lebih mudah menerima kelemahan dan kekurangannya tapi bayangkanlah jika ada nampak sihat tapi tiada upaya..bagi ipar duaiku dan saudara2 yang tidak memahami ..tentulah mereka menganggap diriku seorang yang mementingkan diri sendiri dan mengabaikan urusan rumah tangga dan anak2.

Dunia ini adalah tempat ujian. Hatiku terubat apabila aku mendekatkan diri dengan kelas2 pengajian agama.  Sudah adat dunia jika kita ingin mendalami sesuatu ilmu itu..ujian semakin bertambah2..itulah adat manusia bila kita senang kita disanjung dan dipuji..bila kita susah kita dikeji dan dihina..belajar agama dikatakan kita mengabaikan rumahtangga padahal....jika tidak belajar agama pun diriku tidak mampu untuk menguruskan rumahtangga.

Sewaktu mula berhenti kerja awal 2003 keadaan rumahku masih terurus..kami mengambil pembantu rumah kerana aku tak mampu untuk menguruskan anak anak seperti ibu ibu lain.. Aku hanya mampu mengurus diri sendiri..

Aku sangat bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang baik, sabar dan amat memahami...Aku mampu bertahan selama hampir 15 tahun..aku hanya mampu berusaha dan berdoa...ada kalanya aku seperti tiada perasaan dengan apa yang kulihat kerana aku berhajat untuk melakukan sesuatu tetapi aku tidak mampu melakukannya...hatiku sudah kering..aku tidak menangis...hatiku hanya akan menangis apabila insan2 yang dianugerahkan tenaga yang cukup, mereka tidak memahamiku sehingga timbul fitnah dan sangka buruk...

Tetapi sesungguhnya Allah maha kaya...Allah maha penyayang..Allah yang ku sembah itu yang aku sering meminta supaya aku disihatkan dan supaya aku dapat berusaha untuk menambah rezekiku supaya aku dapat beramal, dapat bersyukur dan boleh menanam semula saham untuk bekalan ke negara yang kekal abadi..!  Allah telah tunaikan permintaanku...aku seakan tidak percaya...!!!

Kita ini hanya musafir..

Kukira dengan seluruh keberkatan dan kebaikan dari Allah dan juga seluruh keberkatan yang ada pada guru-guruku dan mursyidku..maka kini tibalah masanya dan ketikanya...saat yang kunanti-nantikan dan tidak pula kusangka-sangka...Ya Allah Maha Baiknya Dikau kerana memberi ku faham..moga aku tidak salah menggunakan anugerah yang Engkau berikan ini..

Bagi insan2 yang kurang upaya..hanya mereka yang senasib denganku sahaja yang memahami..ujian dan sakit itu adalah untuk penghapusan dosa..moga Allah ampunkanlah dosa-dosaku..sejak baligh hingga kini.

Pada bulan lepas aku digerakkan hati untuk menggunakan produk daripada sebuah wellness co. Pada mulanya aku tidak yakin dan teragak2. Bagiku sama sahaja dah bermacam2 kaedah aku usaha..ubat hospital..perubatan Islam..makanan kesihatan..semuanya tidak menampakkan hasil..kiranya kusudah pasrah..bayangkan 15 tahun..aku tidak dapat menjadi ibu yang baik kepada anak-anakku...bagaimana mampu...diriku juga mangalami tekanan tapi masakan anak-anakku faham.

Berkat sabar, doa, sedekah yang sentiasa dititikberatkan oleh guru2ku dan doa daripada pemimpin2ku..juga mungkin doa daripada suamiku, ibuku dan mereka yang mendoakan..maka dalam beberapa hari sahaja aku sudah mulai rasa bertenaga..pembuangan najis dan pergerakan usus terasa ada perubahan..ia perlahan tapi berkesan.

Oleh kerana itu..saya yakin Allah sudah ketemukan diriku dengan satu produk yang bagus dan secara tak langsung ia juga boleh menjana pendapatan kerana syarikat ini menghasilkan produk yang berkualiti daripada alam semulajadi.. Merangkumu Daripada hujung rambut sampai ke  hujung kaki..tanpa bahan kimia yang merbahaya..kini saya hanya perlu berbelanja di green supermarket ini dan mengongsikan kebaikannya dengan mereka yang mempunyai masalah2 kesihatan seperti kencing manis, darah tinggi, jsntung, kolestetol , ekzema dan pelbagai lagi.

Saya sedia untuk meluangkan masa kepada mereka yang ingin berubah untuk gaya hidup yang lebih sihat bebas daripada bahan kimia yg merbahaya dan juga bagi mereka yang ingin menjana pendapatan. Sila wassap saya kak Su untuk maklumat lanjut 019 6677313. Saya akan call anda semula. Sila maklumkan nama dan tujuan atau masalah anda..saya ingin membantu mereka yang ingin membantu diri mereka sendiri untuk berubah dengan izin Allah.

Sekian. Wassalam.